Wednesday, November 23, 2011

Ulasan Sony A77


    Video Promo Sony A77
      Dari model Sony Alpha A33 dan A55,kini pembaharuan daripada Sony pada tahun ini ialah A65 & A77. Kedua-dua model tersebut mendapat sambutan yang positif dan ramai yang memuji tentang kehebatan kamera tersebut. Model ini masih menggunaka Translucent Mirror dan tidak menggunakan Pentaprism yang mana kebanyakkannya digunakan oleh DSLR yang lain. Sony Alpha A33,A55,A65,A77 bukannya dalam kategori DSLR iaitu Digital Single Lens Reflex tetapi dalam kategori DSLT iaitu Digital Single Lens Translucent.Ini adalah satu fenomena yang baru dimana Sony memperkenalkan dan buat pertama kali nya kamera menggunakan Teknologi Translucent Mirror.

     Ulasan mengenai A77 adalah kerana ramai golongan professional memuji kehebatan A77 ini. Jadi ulasan mengenainya akan memberitahu mengapa golongan professional memuji A77. 

24 Mega Pixel
     Pertama sekali ialah dari segi megapixel. Jika anda tahu dan jika anda tidak tahu megapixel yang terdapat pada A77 ialah 24.3megapixel. Ini adalah satu pencapaian yang baik kerana saiz megapixel yang besar mampu memberikan kesan yang baik pada gambar walaupun ada sesetengah mengatakan megapixel bukan penyebab gambar cantik. 24.3megapixel adalah gambar yang berukuran 6000x4000. Jadi resolusi yang terdapat pada gambar ini sudah semestinya memuaskan hati sesetengah pengguna.

12fps-14fps
     A77 juga adalah kamera yang pertama mampu mencapai 12fps(frame per second) ketika continous shooting pada 24.3megapixel. 12fps jika tidak memasang grip. Pihak Sony mengatakan jika A77 dipasang grip ianya mampu menangkap gambar secara berterusan sehingga 14fps. Ini adalah sesuatu yang paling digemari kerana setiap detik yang kita tidak mahu kehilangan kerana continous shooting kamera anda terlalu perlahan kini dengan A77 boleh membantu anda.

OLED Viewfinder
     Kamera ini menggunakan OLED Viewfinder iaitu mampu memberikan penglihatan terhadap warna yang sungguh menakjubkan. Walaupun kamera ini menggunakan Translucent Mirror yang dikatakan akan menyebabkan hanya sedikit cahaya memasuki ke viewfinder tapi dengan teknologi  XGA OLED ianya dapat diatasi dengan sempurna. 
XGA OLED Viewfinder pada A77
Fleksibel LCD dengan Teknologi Tru-Balck
     Ini amat menarik kerana skrin LCD yang terdapat pada A77 mampu membuatkan seseorang itu boleh menangkap gambar dalam apa jua keadaan sekali pun. Ianya boleh dipusing dalam apa jua arah. 



    
Itu saja antara perkara yang ingin diulaskan mengenai A77. Jadi pembaharuan pada A77 ini adalah sesuatu yang menakjubkan dan boleh atau sesuai untuk mereka yang serius dalam fotografi dan juga untuk semi-pro.Ini perkara yang selebihnya :
  • Mempunyai 11 efek gambar( Posterization (Color, B/W), Pop Color, Retro Photo, Partial Color (R, G, B, Y), Soft High-key, High Contrast Monochrome, Toy Camera, Soft Focus, HDR Painting, Rich-tone Monochrome, Miniature)
  • Full HD rakaman video dan rakaman pada 24fps/25fps(1980x1080)
  • 3D Sweep Panorama
  • ISO 100-16000
  • Auto HDR
  • 19-point AF

     Keseleruhannya kamera ini sememangnya adalah antara kamera yang terbaik. Menarik. Cantik. Dan juga boleh memuaskan nafsu bagi yang serius dalam fotografi dan mampu dimiliki pada harga : 
  • RM4,299 - Tanpa lensa
  • RM6,299 - Bersama lensa
Maklumat selanjutnya anda boleh pergi ke laman utama Sony Malaysia - SLT & DSLR.



     

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews