Tuesday, June 7, 2011

Compact Digital Camera,Smartphone Photography {Tips}


     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak minta maaflah ya sebab semalam tak dapat nak update blog ni sebab MIGRAIN ATTACK! :) So otak pun tak berapa nak elok :) Eheh~ Hari ini entri kali ni mungkin agak menarik bagi saya atau bagi anda juga yang tidak mempunyai DSLR. Jadi sebagai seorang yang ada keinginan untuk memiliki DSLR dan menjadi photographer tegar dan mungkin tergolong dalam kalangan Professional,compact digital camera(CDC) dan juga smartphone boleh menjadikan anda seorang photographer yang beginner. Jadi,anda yang memiliki CDC dan juga smartphone tidak ketinggalan untuk menjadi photographer kerana CDC adalah untuk golongan yang tidak berkemampuan untuk beli DSLR dan bagi pengguna smartphone pula mungkin anda suka kesemuanya dalam satu alat. 


     Baiklah,bagi pengguna CDC sesetengah daripada anda mungkin tak tahu nak gunakannya macam mana. Tidak apa bagi seorang yang beginner mungkin akan guna AUTO Mode lah kan? Macam sayalah juga. Hehehe. Dulu mendap tak tahu nak guna macam mana. Sekarang sampai dah tak tahu nak guna macam dah habis semua di pelosoknya CDC tu. Anda boleh ambil contoh gambar dibawah dimana gambar yang saya ambil tu menggunakan Flower atau boleh juga guna Close Up atau sesetengah CDC ada Macro mode kan? Jadi kalau pandai guna mungkin hasilnya macam gambar dibawah. Original punya tau. :)



     Bagi saya memang nampak biasalah sangatkan? Almaklumlah teman ni guna cap ayam je. Hehe. Tapi sesetengah daripada anda mungkin rasa takkan sempurna kalau tak di edit bukan? Bagi saya kalau guna CDC ni kenalah edit sedikit dengan photoshop ataupun lightroom ke. Jadi kalau gambar yang asalnya dari CDC anda kena edit bagi cun kalau guna DSLR comfirm tak perlu kot? Ikut hati masing-masinglah kan? Citarasa sendiri apa boleh buat kan kan kan?? Ok,bila saya dah perkenakan sedikit edit pada gambar diatas tu hasilnya seperti gambar dibawah ini.


     Hasilnya seperti ini. Bila saya mengenakan dengan HDR dan guna Exposure and Gamma. Cantik bukan? Kalau tak cantik tak apa mungkin anda ada gambar yang lebih cantik dari inikan? :) Jadi kalau anda fikir CDC ini ada juga gunanya bukan? Bukan setakat tangkap ikut suka hati anda tapi anda juga boleh mengenakan dengan gaya seperti anda guna DSLR. Percayalah kalau anda buat macam gambar diatas ini akan ada orang ingat anda guna DSLR. :) Ini berkaitan dengan gambar tumbuhan kali ini berkaitan pula dengan gambar orang atau dipanggil Portrait. Kalau anda tak ada cahaya yang betul,kedudukan yang betul mungkin Portrait anda takkan menjadi. Jadi apa yang anda perlu buat ialah tangkap gambar kawan anda atau siapa saja dalam teknik Portrait,tangkap banyak kali. Ingat! Satu gambar takkan menjadi kerana kalau anda tangkap banyak-banyak gambar salah satunya mesti menjadi. Seperti gambar dibawah saya hanya guna Portrait Mode dalam CDC cap ayam saya ni.Eheh.


 Krew Niakulas Production

    Gambar diatas ini saya telah mengenakan dengan Adobe Lightroom terlebih dahulu. Jadi saya dah cuba dan cuba dan cuba dengan pelbagai effect colour yang berbeza. Jadi saya terfikir kalau gambar dah macam ini tentu cantik bila dikenakan dengan Black & White. Ok dari pendapat saya kalau gambar-gambar seperti ini tentu cantik kalau dengan Black & White. Tapi kalau anda mungkin berbeza daripada saya. Lebih kena dengan Black & White saya kenakan pula dengan HDR Exposure dan Gamma. Jadi hasilnya.



     Jadi bagi sayalah jangan terasa terasing kalau anda guna CDC ini. Guna CDC pun dengan cara yang betul comfirm setaraf dengan DSLR. Percayalah cakap saya :) Wink Wink~ Baiklah sekarang saya akan bagitahu pula fasal Smartphone Photography. Ok,kalau nak ikutkan saya nak buat Phone Photography tapi disebabkan saya dah test guna Smartphone jadi saya akan cerita fasal Smartphone Photography. Jadi bagi pengguna telefon bimbit lain yang ada kamera dan auto focus anda janganlah rasa terasing ya sebab fon-fon biasa yang ada auto focus adik beradiklah juga dengan Smartphone ni dalam photography. :)

     Tadi saya test kamera Smartphone milik salah seorang krew NP yang berjenama HTC Wildfire. Terpegun juga seketika kerana kameranya yang bolehkan anda mahu focus pada tempat yang anda mahu. Ok,ini memang baru bagi saya kalau nak guna Smartphone ni. Apa yang menarik ialah kita boleh ubah Contrast,Saturation dan Sharpness. Ok memang smartphone lain pun ada yang macam dan mungkin lebih hebat dari yang ini. Gambar dibawah saya nak tunjukkan apa yang saya tangkap sebelum edit. Original punya ma~



     Bagi sayalah gambar ini dah macam guna CDC cap ayam saya je.Eheh~ Gambar ini saya dan kurangkan saturation dan naikkan sedikit contrast. Sharpness saya naikkan terus jadi boleh tahan sharpnya walaupun kita nampak tak adalah sharp manakan? Jadi bila di edit dengan teknik Selective Colour + HDR EXposure dan Gamma hasilnya...
     Nicekan? Jadi yang ada Smartphone tu guna-gunalah teknik photography. Mesti cantik punyalah kawan. :) Eheh. Ada yang dah bersemangat nak berphotography guna smartphone? By the way,camera yang paling laris untuk digunakan sebagai photography diconquer oleh iPhone 4. Memang tak dapat dinafikan sebab iPhone 4 memang banyak apps yang khas untuk photography seperti Admin Oh!Media - Khai yang guna iPhone 4 tangkap gambar bangunan KLCC. Cantik kalau anda pernah tengok di fan page Oh!Media dan juga pernah digunakan untuk merakam video wedding oleh CST Production.

     Baiklah dari sini pun anda nampak CDC dan smartphone boleh digunakan untuk photography tapi lagi cantik bila edit dengn photoshop atau lightroom. Tak percaya cubalah dulu :) Baiklah saya akan postkan gambar-gambar selebihnya dibawah. Jadi setakat ini saja untuk korang tahu tips yang membolehkan anda guna CDC dan smartphone walaupun anda tidak ada DSLR. :) Kita jumpa lagi ya semua :) Hope anda sekarang dah faham CDC dan smartphone boleh digunakan untuk photography.

from CDC

 from smartphone

Psstt : apa pendapat anda? Jom share :)

1 comments:

fatin aqilah shaari said...

suka gambar yang ada basikal tu .

gambar tu simpan pelbagai makna .
pendapat saya . banyak pengalaman dan gelagat yang kita boleh lihat dengan hanya menaiki basikal :)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews