Tuesday, November 22, 2011

Pengguna Canon gemar terhadap Sony A77 : "Kamera video terbaik saya telah digunakan"

Satu video yang menarik dirakam oleh kamera Sony A77
     Pengguna Canon atau lebih tepat lagi Canon Shooter,Jefferson Graham daripada USAtoday mencuba kamera Sony yang terbaru A77. Dia mengatakan "Jika anda serius tentang fotografi dan video,belanjakan apa yang diperlukan. Saya tahu saya akan buat seperti itu. Saya suka sangat dengan kamera,saya merancang untuk membelinya(A77) sebaik sahaja ia kembali dalam stok."
     Manakala Digital-photography-school juga telah membuat review terhadap A77. Mereka mengatakan ianya adalah sebuah kamera yang fenomenal dan berhak untuk berjaya di pasaran. Jika diperhatikan Sony A77 yang diperkenalkan oleh Sony beberapa bulan yang lalu membuatkan ramai orang teruja dengan kejayaannya. Ianya mempunyai 24.3MP,12fps / 14fps(ditambah dengan grip),OLED Viewfinder,19-point AF. Jadi tidak hairanlah jika A77 dan A** akan datang akan mencapai taraf kamera yang berjaya dalam indutri filem pada suatu hari nanti. 

1 comments:

sayarafiqa said...

hai assalamualaikum, saya wakil dari pixolutioncrew iaitu CREW PHOTOGRAPHY yg baru nak meningkat naik, jemput singgah entry blog saya jika anda berminat dan minta kerjasama support kami dengan 'like' page kami. thanks! :)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews