Friday, November 11, 2011

5 Tips untuk Gambar Portrait Kanak-Kanak


     Menangkap gambar dikalangan ahli keluarga semamangnya anat menyeronokkan malah jika adanya anak-anak kecil sudah tentu mereka akan jadi perhatian untuk setiap kamera. Adakalanya gambar anak-anak kecil ini lah yang akan dijadikan kenangan di setiap sudut rumah untuk di’frame’kan supaya apabila mereka sudah besar mereka akan melihat gambar itu ketika mereka kecil lagi. Apa yang menarik sekali ialah jika anda mahir menangkap gambar potrait kanak-kanak mesti anda akan kata “Wahh,comelnya dia” atau sewaktu dengannya tambahan pula apabila gambar itu mempunyai kesan yang menarik.

1.Berinteraksi dengan kanak-kanak
Cara berinteraksi dengan kanak-kanak adakalanya mudah dan susah terutama apabila mereka terlalu aktif di kawasan luar rumah. Berlari sana-sini sehinggakan anda terpaksa mengejar mereka. Pertolongan daripada ibu bapa mereka perlulah diambil kira dan jika anak-anak mereka gembira dan tersenyum apabila anda menangkap gambar dia sudah tentu ibu bapa mereka akan berasa gembira sekali.

2.Tidak perlu posing
Kanak-kanak tidak akan berposing secara semula jadi atau tanpa diajar dan ianya adalah waktu yang menarik dimana mereka akan menonjolkan cara mereka berposing secara tidak sengaja apabila anda sudah menangkap gambarnya.

3.Ikut
Kanak-kanak yang sudah mula pandai berjalan atau berlari takkan duduk diam di suatu tempat. Perkara ini anda perlulah mengikut kemana saja arah yang mereka pergi dan anda tidak perlu mengacau apa yang mereka sedang lakukan kerana apa yang mereka sedang lakukan itu ialah tanda mereka sedang bergembira.

4.Guna shutter dengan sebaik mungkin
Maksudnya ialah anda tidak perlu takut untuk menangkap gambar dengan sedikit terutama apabila yang masih bayi. 1 gambar saja tidak akan memberi sebarang kepuasan kepada ibu bapa atau kepada anda yang menangkap gambar bayi atau kanak-kanak tersebut.

5.Bersiap sedia
Anda perlu bersiap sedia dengan apa saja senario yang bakal dilakukan oleh kanak-kanak atau bayi tersebut. Sama ada mereka menangis,berlari,melompat,gelak dan lain-lain lagi.


1 comments:

nollyfyenee said...

huhu mmg best amik pic budak2 ni

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews