Tuesday, November 15, 2011

Sony HDR-AX2000 | Ulasan

    Mungkin yang ramai tahu atau tidak tentang produk Sony yang dihasilkan untuk para pengguna yang professional atau pengguna tegar dalam dunia videografi ini. Setelah sekian lama,Syarikat Sony. telah hasilkan produk yang memberikan impak yang besar untuk penghasilan video dan ianya juga memfokuskan kepada penggunaan video sama ada dari segi rancangan ataupun video harian yang dikenali sebagai "vlog". Malah,melalui produk ini seseorang yang masih lagi freshie dalam dunia videografi ini dapat menjadi seorang yang professional secara ekspres kerana Syarikat Sony. hasilkan produk ini berdasarkan penggunaan video yang harian iaitu jika kita merantau kemana-mana saja pasti kita akan merakam detik-detik tersebut dan bile rakam detik-detik tersebut seterusnya melakukan proses "editing" hasilnya yang amat memukau dan ianya adalah dari produk tersebut.

     Syarikat Sony kini melangkah ke depan dengan membina produk camcoder untuk "Semi-Professional" iaitu HDR-AX2000. Sebuah kamera yang menepati ciri-ciri untuk seorang penggemar video untuk dijadikan sebagai bahan atau saksi setiap rakaman. AX2000 juga dibina berasaskan pembinaan video AVCHD iaitu satu format yang dihasilkan oleh Syarikat Sony juga. AX2000 berupaya untuk merakam format AVCHD malah MPEG-2. Ianya juga terdapat rakaman yang bersaiz sehingga 1980x1080 iaitu boleh merakam dalam 24p,30p atau 60i. Setiap rakaman juga akan disimpan dalam kad memori Pro Stick Duo.

     Didalam AX-2000 juga terbina 3 Cmos Sensor dan juga 20x Lensa-G yang juga terdapat pada FX1000. Terdapat juga sistem rakaman audio iaitu XLR port. Ini bermaksud boleh merakam audio secara professional tanpa memerlukan XLR ke mini adapter. HDMI juga dibina.

     Lensa yang terdapat pada AX2000 ini juga boleh dikawal secara manual iaitu bukan sahaja pengguna dapat mengawal zoom tetapi dapat mengawal iris dan juga fokus. AX2000 juga terdapat Active SteadyShot iaitu membolehkan rakaman anda tidak bergetar terlalu kuat sama ada ketika berjalan,berlari dan boleh menjejaskan kualiti video tersebut. Camcoder ini adalah sangat sesuai untuk digunakan bertujuan melakukan pergambaran dokumentari,muzik video atau apa saja rakaman yang tidak memerlukan bajet yang tinggi untuk mendapatkan kualiti yang menarik.

Rakaman Video seperti Filem 24p/30p
     Dengan berkebolehan merakam sehingga saiz 1980x1080 iaitu Full HD tetapi ianya juga boleh merakam dengan 24p atau 30p iaitu standard rakaman untuk tujuan perfileman.


Rakaman AVCHD sehingga 24Mbps
     AX2000 mampu merakam video berformat AVCHD sehingga 24Mbps dengan kualiti yang terang dan cantik malah lebih detail. Ianya juga ideal untuk di simpan ke dalam cakera Blu-Ray.

3 Sensor Cmos dengan Teknologi Exmor
     AX2000 mempunyai 3 sensor Cmos iaitu bersaiz 1/3" dengan setiap satu sensor mempunyai 1,120k pixel. 3 sensor Cmos bermaksud mempunyai 3 elemen iaitu Merah,Biru,Hijau atau RGB. Dengan adanya teknologi Exmor,AX2000 mampu merakam dalam suasana yang gelap atau cahaya yang kurang. Selain itu,ianya juga terdapa dual-noise reduction sensor yang mampu mengurangkan lagi noise yang terdapat pada rakaman. tersebut.

Wide Angle G-Lens: 29.5mm to 590mm (20x)
     Lensa yang terdapat pada AX2000 adalah lensa yang pernah juga terdapat pada FX-1000. Ianya juga dibuat dari 15 unsur kanta termasuk kaca penyebaran rendah tambahan yang mengurangkan penyimpangan kromatik yang disebabkan oleh pembiasan cahaya,dan menghasilkan kualiti video dengan warna gosong yang amat rendah.Zoom optik 20x (29.5mm - 590mm: penukaran 35mm) memaksimumkan prestasi lensa,jadi kualiti imej tidak terjejas walaupun pada nisbah zoom sebanyak 20x,membolehkan anda setia menghasilkan semula kesan subjek. Extender digital meningkatkan zoom sebanyak 1.5 di seluruh julat sehingga 30X pada zoom penuh.

3x Manual Rings utnuk Zoom, Focus, dan Iris
     HDR-AX2000 mempunyai tiga cincin manual bebas (zoom, tumpuan, dan iris) untuk kawalan yang superb dan fleksibiliti sesama perfileman dimana ia mudah untuk digunakan semasa membuat rakaman. Cincin iris membolehkan anda untuk melaraskan aperture untuk mencapai kecerahan yang optimum dan menyatakan depth of field shots menonjolkan subjek manakala kabur latar depan atau latar belakang.

Jadi keseluruhannya model Sony HDR-AX2000 adalah amat sesuai untuk dimiliki oleh mereka yang sudah ada penggunaan asas dalam videografi ini dan mahu menjadi seorang yang professional secara expres kerana banyak lagi fungsi yang menarik pada AX2000 terumtamanya mempunyai cinematone yang seakan-akan video yang anda rakam itu adalah filem sinema. Jika anda berminat boleh kunjungi laman sesawang rasmi Sony Malaysia dengan harga RM14,999.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews