Saturday, June 18, 2011

Nikon D3x vs EOS 1Ds Mark III


      Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Eheh. Hari ni saya nak post entri mengenai 2 jenis DSLR yang berkhidmat cukup bagus dalam dunia photography ini. Jadi untuk pengetahuan anda entri kali ni saya akan tumpukan semuanya kepada bidang photography. :) Ok,kedua-dua DSLR ini kalau dibandingkan dengan harga tentu anda pun tak sanggup nak beli tapi bagi siapa yang berkemampuan bolehlah beli. Harga untuk Nikon D3x adalah RM29,988(untuk body saja) dan EOS 1Ds Mark III adalah RM28,999(untuk body saja). Disini pun anda boleh nampak persamaan kedua-dua DSLR ini iatu harga yang terlalu mahal malah murah lagi 135LC kan? Hehehehe. Apa boleh buat kawan,Hasselblad pun ada harga RM120,000. Boleh beli sebiji kereta lagi tu. :)

      Baiklah kita dah nampak dari segi harga antara D3x dan 1DsM3. Sekarang kita akan ke saiz resolution yang terdapat pada kedua-duanya. Untuk yang gemar photography tentu anda mahukan saiz resolusi yang besar bukan? Jadi bagi D3x mempunyai saiz 24.5megapixel dan 1Ds Mark III ialah 21.1megapixel. Jadi Nikon dah menang dari segi resolusinya. N1-0C. Hehehehe. Saiz resolusinya bergantung juga anda mahu kualiti yang macam mana. Maksud saya dari segi yang anda tangkap. Kalau anda nak gambar yang betul-betul tajam anda tangkaplah gambar sebanyak 4x atau lebih dan gabungkannya. Faham? Tak faham pendek akal ye? Oppss. :) Gurau ja. Darisegi sensor pula kedua-duanya menawarkan full-frame sensor iaitu bagi Nikon FX Format Sensor dan Canon Full-Frame CMOS Sensor. Keputusannya? N2-1C. Hee~

      Processornya pula D3x mempunyai Expeed dan 1Ds Mark III mempunyai Dual-Digic 3. Jadi kalau nak ikutkan dari segi kualiti mungkin sama taraf saja tapi dari segi kauntiti processor dimenangi oleh 1Ds Mark III. N2-2C. Seri. AF-Point ialah point yang membolehkan kita focus pada sesuatu tempat. Kalau anda ada DSLR tentu anda akan nampaknya melalui viewfinder atau LCD screen bagi yang boleh live-view. Jadi AF-Point bagi D3x ialah 51-point. Cukup banyak dan untuk 1Ds Mark III hanya 49-point saja. N3-2C. Hehe~ Sebenarnya kalau nak ikutkan banyak lagi yang boleh dibandingkan kedua-dua "beauties" ni. Tapi,banyak lagi benda yang perlu saya updatekan untuk entri seterusnya. Maaf kepada semua kerana terlewat. Biasalah,sekolah dah mula buka,sibuk saja di saat akhir tahun persekolahan. Kita jumpa lagi ya semua. :)







     



Friday, June 10, 2011

Kenali Teknologi Nikon {Part 1}


     Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni entri yang agak menarik kerana anda dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang teknologi NIKON yang terkini. Jadi saya yakin disini pasti ramai peminat NIKON bukan? Hehehe. Saya pun peminat NIKON tapi tegar dengan CANON. Kenal dengan lebih rapat dengan NIKON ini mesti ibarat kenal rapat dengan "EHEM-EHEM". Hehehe. Takkan tak rapat kot? Si-dia merajuk nanti baru tau. :) Baiklah saya akan kenalkan anda dengan "special effects" yang dihasilkan oleh NIKON pada modenya.


     Mungkin effect ini anda baru tahu. NIKON menyediakan Mode Special Effects ini untuk menangkap gambar atau D-Movie a.k.a video recording. Effects ini boleh didapati pada mode dial kamera tersebut. Apa yang menarik ialah anda boleh menangkap secara "live-View" sambil hendak guna special effects ini. Ada 7 effects antaranay :


Night Vision : Untuk menangkap gambar atau video pada cahaya yang rendah atau gelap seperti waktu malam.
Silhouette : Untuk melawan subjek supaya menentang cahaya "Background" yang terang.
High Key : Untuk menangkap gambar dan diterangi dengan cahaya dalam satu gambar.
Low Key : Untuk menangkap gambar dan digelapkan.
Colour Sketch : Untuk memberikan satu gambar itu seperti dilukis.
Miniature Effect : Membolehkan untuk focus subjek pada jarak jauh dan bila guna D-Movie seolah seperti Time Lapse bila anda "play" balik video itu tanpa ada "sound".
Selective Colour : Untuk memilih warna-warna tertentu pada gambar.



     Vari-Angle LCD Screen hanya terdapat pada D5100. Ini membolehkan seseorang photographer itu merakam atau menangkap gambar pada sudut yang "extreme" dan juga boleh buat sebagai Self-Portraits.
      FX dan DX Format ialah sensor dimana cahaya akan memasuki melalui  lens dan terus ke sensor apabila tekan butang Shutter. DX Format mempunyai saiz yang lebih kecil iaitu 24x16mm dan FX Format pula mempunyai saiz yang besar iaitu 24x36mm. Nikon juga telah mereka lens yang sesuai untuk kedua-dua sensor tersebut DX dan juga FX. Jika DSLR Nikon anda guna DX Format disarankan juga anda menggunakan Nikkor DX Lens sama juga dengan FX Format = Nikkor FX Lens. Contoh anda hendak mengenali Nikkor DX/FX Lens ialah "AF-S DX Zoom-Nikkor 12-24mm f/4G IF-ED".  DX Lens ini dicipta supaya menjadi lebih ringan untuk saiz camera yang lebih kecil. Jadi setiap gambar yang anda tangkap akan di'crop 1.5x dihasilkan. Sebagai contoh jika 24mm lens pada DX sensor bermakna saiz tersebut bersamaan dengan 36mm view. Sama seperti FX Format. Klik gambar dibawah untuk tumbesaran. Hehehe.



      Paling penting sekali ialah penjagaan sensor pada DSLR anda apabila anda ingin tukarkan lens anda. Jadi Nikon telah membuat satu cara iaitu Comprehensive Dust Reduction System. Sistem ini boleh membersihkan ruangan yang terdapat pada sensor dengan select "Clean Now" pada setting secara manual atau automatik apabila Startup/Shutdown. Jadi selepas ini anda tak perlulah mencuci bahagian dalam. Tak ada lagi risiko. :) Hehehe.


      Saya akan sambung pula tentang teknologi Nikon untuk part yang ke-2. Ada banyak. Tapi saya akan buat setiap part ada 4 bahan tentang Nikon ini. Ok. Kita jumpa lagi ya semua. Follow lah blog ini kalau sudi. :) Dan juga like Fan Page di FB.

Kenali Lensa / Lens {Part 2}


      Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maaflah ya sebab semalam tak dapat nak update blog ni kerana saya dan yang lain-lain mengadakan malam BBQ jadi memang lupa seketika dengan blog ni.Eheh~ Jangan marah ha~ Saya tetap akan update blog ni juga. :) Ya? Ya? Baiklah bagi yang belum lagi baca Kenali Lensa / Lens {Part 1} anda disarankan supaya membacanya dulu. Kalau tak baca nanti tak faham lak yang part ke-2 ni. :) Setakat ini anda faham mengenai lens? Ini penting untuk anda kalau anda betul-betul ada minat nak menjadi seorang photographer tegar full-time atau part-time. Yela,nanti kalau anda lepak dengan geng-geng photographer lepas itu mereka tanya tentang lens yang anda guna atau sebagainya comfirm anda tak tahu nak menjawab. 

     Dalam part-1 saya memberitahu tentang jenis-jenis lens. Untuk part ke-2 ini saya akan terangkan pula tentang nombor Focal Length pada lens anda contoh "35mm","25mm-125mm". Tahu ke kegunaan nombor FL tu pada lens anda? Atau anda nak beli lens baru tapi tak tahu FL nya berapa. Jadi mungkin entri kali ni boleh tolong anda. InsyaAllah.Setiap sudut yang berubah-ubah juga mempengaruhi FL anda. Jadi jika nombor FL anda semakin besar ia bersamaan dengan Telephoto. Bila kecil bersamaan dengan Wide-Angle. Baiklah gambar dibawah akan menerangkan anda tentang FL.

 10mm

 17mm

 28mm

 50mm

 70mm

 100mm

      Jadi anda faham apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor tersebut? Jadi bila lens anda ada nombor 17mm-50mm,maknanya lens anda boleh zoom antara 17mm hingga 50mm saja. Bukan jarak tapi panjang lens itu. Jadi keluasan satu gambar juga mempengaruhi oleh sensor yang digunakan. Jadi kebanyakkan sensor pada DSLR tidak banyak menggunakan Full-Frame. Saya rasa setakat ini saja untuk part-2. Kerana untuk part-3 lebih panjang entrinya. Baiklah harap anda tahu dah lebih dan kenal dengan lens ini. Kita jumpa lagi ya :)

Psstt : Saya nak postkan gambar extra berkaitan dengan cara nak pegang DSLR dengan betul. Nanti saya akan keluarkan entri fasal ini. InsyaAllah.



   

Tuesday, June 7, 2011

Compact Digital Camera,Smartphone Photography {Tips}


     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak minta maaflah ya sebab semalam tak dapat nak update blog ni sebab MIGRAIN ATTACK! :) So otak pun tak berapa nak elok :) Eheh~ Hari ini entri kali ni mungkin agak menarik bagi saya atau bagi anda juga yang tidak mempunyai DSLR. Jadi sebagai seorang yang ada keinginan untuk memiliki DSLR dan menjadi photographer tegar dan mungkin tergolong dalam kalangan Professional,compact digital camera(CDC) dan juga smartphone boleh menjadikan anda seorang photographer yang beginner. Jadi,anda yang memiliki CDC dan juga smartphone tidak ketinggalan untuk menjadi photographer kerana CDC adalah untuk golongan yang tidak berkemampuan untuk beli DSLR dan bagi pengguna smartphone pula mungkin anda suka kesemuanya dalam satu alat. 


     Baiklah,bagi pengguna CDC sesetengah daripada anda mungkin tak tahu nak gunakannya macam mana. Tidak apa bagi seorang yang beginner mungkin akan guna AUTO Mode lah kan? Macam sayalah juga. Hehehe. Dulu mendap tak tahu nak guna macam mana. Sekarang sampai dah tak tahu nak guna macam dah habis semua di pelosoknya CDC tu. Anda boleh ambil contoh gambar dibawah dimana gambar yang saya ambil tu menggunakan Flower atau boleh juga guna Close Up atau sesetengah CDC ada Macro mode kan? Jadi kalau pandai guna mungkin hasilnya macam gambar dibawah. Original punya tau. :)



     Bagi saya memang nampak biasalah sangatkan? Almaklumlah teman ni guna cap ayam je. Hehe. Tapi sesetengah daripada anda mungkin rasa takkan sempurna kalau tak di edit bukan? Bagi saya kalau guna CDC ni kenalah edit sedikit dengan photoshop ataupun lightroom ke. Jadi kalau gambar yang asalnya dari CDC anda kena edit bagi cun kalau guna DSLR comfirm tak perlu kot? Ikut hati masing-masinglah kan? Citarasa sendiri apa boleh buat kan kan kan?? Ok,bila saya dah perkenakan sedikit edit pada gambar diatas tu hasilnya seperti gambar dibawah ini.


     Hasilnya seperti ini. Bila saya mengenakan dengan HDR dan guna Exposure and Gamma. Cantik bukan? Kalau tak cantik tak apa mungkin anda ada gambar yang lebih cantik dari inikan? :) Jadi kalau anda fikir CDC ini ada juga gunanya bukan? Bukan setakat tangkap ikut suka hati anda tapi anda juga boleh mengenakan dengan gaya seperti anda guna DSLR. Percayalah kalau anda buat macam gambar diatas ini akan ada orang ingat anda guna DSLR. :) Ini berkaitan dengan gambar tumbuhan kali ini berkaitan pula dengan gambar orang atau dipanggil Portrait. Kalau anda tak ada cahaya yang betul,kedudukan yang betul mungkin Portrait anda takkan menjadi. Jadi apa yang anda perlu buat ialah tangkap gambar kawan anda atau siapa saja dalam teknik Portrait,tangkap banyak kali. Ingat! Satu gambar takkan menjadi kerana kalau anda tangkap banyak-banyak gambar salah satunya mesti menjadi. Seperti gambar dibawah saya hanya guna Portrait Mode dalam CDC cap ayam saya ni.Eheh.


 Krew Niakulas Production

    Gambar diatas ini saya telah mengenakan dengan Adobe Lightroom terlebih dahulu. Jadi saya dah cuba dan cuba dan cuba dengan pelbagai effect colour yang berbeza. Jadi saya terfikir kalau gambar dah macam ini tentu cantik bila dikenakan dengan Black & White. Ok dari pendapat saya kalau gambar-gambar seperti ini tentu cantik kalau dengan Black & White. Tapi kalau anda mungkin berbeza daripada saya. Lebih kena dengan Black & White saya kenakan pula dengan HDR Exposure dan Gamma. Jadi hasilnya.



     Jadi bagi sayalah jangan terasa terasing kalau anda guna CDC ini. Guna CDC pun dengan cara yang betul comfirm setaraf dengan DSLR. Percayalah cakap saya :) Wink Wink~ Baiklah sekarang saya akan bagitahu pula fasal Smartphone Photography. Ok,kalau nak ikutkan saya nak buat Phone Photography tapi disebabkan saya dah test guna Smartphone jadi saya akan cerita fasal Smartphone Photography. Jadi bagi pengguna telefon bimbit lain yang ada kamera dan auto focus anda janganlah rasa terasing ya sebab fon-fon biasa yang ada auto focus adik beradiklah juga dengan Smartphone ni dalam photography. :)

     Tadi saya test kamera Smartphone milik salah seorang krew NP yang berjenama HTC Wildfire. Terpegun juga seketika kerana kameranya yang bolehkan anda mahu focus pada tempat yang anda mahu. Ok,ini memang baru bagi saya kalau nak guna Smartphone ni. Apa yang menarik ialah kita boleh ubah Contrast,Saturation dan Sharpness. Ok memang smartphone lain pun ada yang macam dan mungkin lebih hebat dari yang ini. Gambar dibawah saya nak tunjukkan apa yang saya tangkap sebelum edit. Original punya ma~



     Bagi sayalah gambar ini dah macam guna CDC cap ayam saya je.Eheh~ Gambar ini saya dan kurangkan saturation dan naikkan sedikit contrast. Sharpness saya naikkan terus jadi boleh tahan sharpnya walaupun kita nampak tak adalah sharp manakan? Jadi bila di edit dengan teknik Selective Colour + HDR EXposure dan Gamma hasilnya...
     Nicekan? Jadi yang ada Smartphone tu guna-gunalah teknik photography. Mesti cantik punyalah kawan. :) Eheh. Ada yang dah bersemangat nak berphotography guna smartphone? By the way,camera yang paling laris untuk digunakan sebagai photography diconquer oleh iPhone 4. Memang tak dapat dinafikan sebab iPhone 4 memang banyak apps yang khas untuk photography seperti Admin Oh!Media - Khai yang guna iPhone 4 tangkap gambar bangunan KLCC. Cantik kalau anda pernah tengok di fan page Oh!Media dan juga pernah digunakan untuk merakam video wedding oleh CST Production.

     Baiklah dari sini pun anda nampak CDC dan smartphone boleh digunakan untuk photography tapi lagi cantik bila edit dengn photoshop atau lightroom. Tak percaya cubalah dulu :) Baiklah saya akan postkan gambar-gambar selebihnya dibawah. Jadi setakat ini saja untuk korang tahu tips yang membolehkan anda guna CDC dan smartphone walaupun anda tidak ada DSLR. :) Kita jumpa lagi ya semua :) Hope anda sekarang dah faham CDC dan smartphone boleh digunakan untuk photography.

from CDC

 from smartphone

Psstt : apa pendapat anda? Jom share :)

Sunday, June 5, 2011

Kenali Lensa / Lens {Part 1}

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sedang baca entri ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada anda semua yang sudi singgah sini untuk tujuan yang tersendiri. Jadi,entri kali ini saya agak terlewat sedikit atas sebab hujan + petir pada malam ini dan ia menyebabkan saya terpaksa stop dulu menggunakan internet. Ok,entri-entri sebelum ini saya ada bagi tahu sedikit sebanyak mengenai photography bukan? Tapi saya tidak bermaksudkan 100% kepada photography malah ia juga boleh digunakan untuk tujuan videography. Kalau anda tahu bukan ke sekarang ini videographer bukan saja guna handycam atau sebagainya tapi mereka juga menggunakan DSLR. Jadi anda tak perlulah fikir DSLR ni hanya boleh guna untuk photography. Kalau macam tu tak ada gunalah pereka mencipta DSLR yang ada video recording. Baiklah,entri kali ni saya hendak menerangkan kepada anda tentang lens / lensa ini. Jadi mungkin sesetengah daripada anda tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor pada lens anda? Anda mungkin tengok saja nombor tu? Atau anda mungkin buat "derkk" je seakan-akan nombor tu tak pernah wujud dalam hidup anda? Jadi kesemuanya saya akan jelaskan dalam entri ini insyaALLAH.


     Terdapat beberapa jenis lens yang anda perlu tahu antaranya Standard,Telephoto,Wide,Macro,Fish Eye dan Tilt Shift. Kesemua lens ini boleh memberi kesan yang berbeza. Jika anda pernah merayau-rayau di Youtube untuk mencari kegunaan lens ini ada satu video dari Canon sendiri saya pun dah lupa siapa dia tapi dia beritahu "Change the lens,change the story". Jadi saya akan kenalkan satu persatu mengenai lens ini. Mungkin entri ni panjang atau tidak bergantung lah pada anda jika mempunyai hati yang sabar untuk meneruskan pembacaan mengenai lens ini.




      Standard atau Normal lens ini adalah lens yang sering kita gunakan. Macam kita mula-mula beli lens comfirm dapat Standard je. Standard adalah lens yang compact dan sesuai untuk dibawa kemana-mana saja. Ia juga dikenali sebagai "Normal" Telephoto-Lens kerana saiznya yang kecil berbanding Telephoto tetapi mempunyai kegunaan yang sama. Jika anda seorang yang baru saja kenali dunia photography ini Standard-Lens adalah sesuai untuk permulaan anda.

   
     Lebih luas pandangan,lebih jauh yang anda tangkap,Telephoto-Lens yang perlu anda gunakan. Telephoto sering digunakan oleh kebanyakkan Photographer kerana keberkesanannya dari segi kualiti hasil gambar bila ditangkap malah boleh digunakan untuk tangkap gambar pada jarak yang jauh atau untuk pemandangan yang luas. Jadi jika anda fikir balik photographer-photographer seperti National Geographic tu duduk dalam hutan dan tangkap gambar pada jarak yang dekat? Tidak. Sudah tentu haiwan-haiwan akan lari. Mereka menggunakan Telephoto sehingga 400mm ke atas. Yang jika anda tengok saiz pun anda akan berasa gerun. Telephoto ini mempunyai ciri yang menarik iaitu defocusing yang terbaik. Maknanya,subject anda akan terang dan backgroundnya akan kabur. Lens ini kalau saya guna perghhh tentu tiap-tiap masa saya akan gunanya. Jadi bagi saya untung + best kalau dapat guna Telephoto ni. Jarak zoomnya 4 hingga 6 kali ganda daripada Standard-Lens.


     Wide Angle-Lens ni ada juga kelebihannya iaitu jika anda berada di bandar-bandar,anda mahu menangkap gambar bangunan dan anda terpaksa berundur kebelakang untuk mendapatkan pemandangan yang luas pada bangunan itu tetapi dibelakang anda suda di halang oleh tembok. Jadi bagaimana anda perlu lakukan? Wide-Angle dapat membantu anda. Jika anda berada dibilik dan mahu tangkap gambar bilik dengan full-view,Wide-Angle boleh bantu anda. Jadi kenapa perlu bersusah payah untuk berundur kebelakang untuk tangkap gambar? Guna saja Wide-Angle untuk dapatkan pemandangan yang cantik dan tak perlu susahkan diri anda.Saiz Wide-Angle ini lebih pendek daripada Standard. Jadi anda tentu faham bila pendek maka pandangannya lebih luas.


     Macro-Lens adalah lens untuk kita menangkap gambar benda-benda yang kecil yang tidak boleh lihat dengan mata kita atau juga melalui Standard-Lens. Kebolehan Macro ini ialah kita boleh tangkap gambar yang susah untuk kita lihat seperti mata lalat,bunga-bunga atau apa saja asalkan ianya kecil dan jaraknya yang terlalu dekat.


      Fish Eye-Lens ini adalah lens yang membolehkan anda menangkap gambar yang luas tetapi lebih luas daripada Wide Angle-Lens. Bila kita tangkap gambar,Fish Eye ini akan membentukkan gambar yang kita lihat itu dalam keadaan yang bulat atau separa bulat. Fish-Eye ini boleh tangkap gambar yang unik dan tidak terdapat pada mata manusia.


      Tilt Shift-Lens adalah lens yang paling special kerana lens ini kita boleh adjust cahaya lens tersebut melalui pengubahan perspektif  antara lens dan sensor. Terdapat dua cara iaitu tilting dan shifting. Shift membolehkan anda membetulkan pandangan anda apabila anda hendak menangkap gambar sudah tentu bahagian atas bangunan itu kelihatan kecil dan bahagian bawah kelihatan besar. Jadi apabila anda adjust shift ini maka gambar bangunan itu akan kelihatan sama daripada sebelum ini. Tilt pula untuk anda focus point yang dekat atau jauh. A subject with depth or concentrate the focus on only a single point of a picture.

     Baiklah saya setakat ini saja sebab saya terpaksa buat part-part kalau tidak tentu anda pun tak larat nak membaca bukan? Jadi saya akan sumbat gambar-gambar yang menggunakan lens-lens seperti saya terangkan diatas. Mungkin melihat gambar anda lebih faham. Jadi kita jumpa lagi di part 2. :)

Telephoto-Lens

 Standard-Lens

 Wide Angle-Lens

 Macro-Lens

 Fisheye-Lens

Tilt Shift-Lens







Saturday, June 4, 2011

Cahaya {Photography Lesson 2}

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi singgah di blog Niakulas Prod.Blog. ini dan juga terima kasih kepada yang sudi follow blog ni. Jadi kepada yang belum follow tu,follow lah ya. :) Kerjasama anda amat dihargai. Untuk Photography Lesson 2 ni saya akan ajar anda tentanh Kegunaan Cahaya pula. Bagi yang belum baca dulu entri 6 Perkara Utama yang perlu tahu {Photography Lesson 1} anda boleh baca dulu sebelum meneruskan Photography Lesson 2 ini. Baiklah sebelum itu mari kita ulang balik apa yang kita dah belajar pada Photography Lesson 1.

1. Light - Anda tidak boleh menangkap gambar tanpa mempunyai cahaya.
2.Medium - Cahaya yang anda rakamkan atau dalam kata lain apa yang anda tangkap.
3.Aperture - Lubang yang membolehkan cahaya masuk
4.Shutter Speed - Jumlah yang membolehkan cahaya masuk melepasi lubang.
5.Composition - Apa yang ada dalam gambar anda 
6.Optics - Lens yang memboleh "focus" terhadap cahaya menjadi satu gambar.

     Kali ini kita akan belajar tentang cahaya pula. Ada 4 jenis cahaya yang kita perlu tahu dalam photography ini. 1.Sumber cahaya yang keras. 2.Sumber cahaya yang lembut. 3.Cahaya Transmitted. 4.Pantulan cahaya. Keemapat-empat jenis cahaya perlu anda tahu bagi membolehkan anda tahu keadaan cahaya yang macam mana untuk anda bila mahu shoot.


1.Sumber Cahaya yang Keras.
      Cahaya yang terhasil dimana anda merasakan ianya terlalu terang atau cahaya berada apa keadaan yang sangat luas walaupun cahaya itu terhasil daripada sesuatu yang kecil dimata kita. Contohnya seperti cahaya matahari,flash,lampu atau spot light.

2.Sumber Cahaya yang Lembut.
     Setiap cahaya yang berasal daripada permukaan yang luas tetapi mempunyai hubungan dengan subjek yang anda mahu. Contohnya seperti awan atau langsir yang ditembusi oleh cahaya matahari. Soft Box studio yang bersaiz besar. Cahaya yang lembut boleh terhasil apabila cahaya yang keras dipantul balik oleh permukaan yang plain untuk menghasilkan cahaya yang luas.


3.Cahaya Transmitted.
      Dimana cahaya yang wujud didalam gambar yang anda tangkap. Yang ni saya rasa anda tentu faham. :)

4.Pantulan Cahaya.
     Cahaya yang dipantulkan oleh sesuatu permukaan. Cahaya ini terdapat pada sekeliling kita sama ada didalam bilik,bandar atau dimana-mana saja asalkan cahaya itu terpantul oleh permukaan lain seperti dinding.

      Memahami Cahaya amat penting untuk menjadi anda seorang "Good Photographer". Ianya asas kepada anda jika anda mahu improvekan diri anda dalam bidang photography ini. Tetapi teknik ini juga boleh digunakan yang minat dalam bidang videography. Jadi,apa saja entri yang saya keluarkan mengenai Photography ia juga ada kaitan dengan Videography. Jadi,setakat ini saja untuk entri hari kita jumpa lagi di entri yang akan datang. :)

Psstt : Terfikir juga nak buat ruangan iklan untuk disewa. Ada ke yang nak? Tapi bukan dalam masa yang terdekat ini. Mungkin lambat lagi jadi kami akan beritahu anda sama ada di fan page Niakulas Production atau di blog ini bila kami sudah mahu buat ruangan iklan di sini. :)

Friday, June 3, 2011

3 Alasan Mudah Kenapa Ramai Photographer Tidak "Improve".

     3 Alasan ini saya tidak merujuk kepada Photographer yang berstatus Professional. Maksud saya disini ialah Photographer yang biasa-biasa saja atau boleh dikatakan baru nak up. Jadi alasan yang saya hendak berikan ini bukan saya sebagai panduan untuk saya tetapi untuk anda juga yang mahu aktif dalam bidang photographer ini. Bukan senang nak jadi phographer,saya sendiri pun terasa juga betapa susah dan juga mengambil masa untuk memahami selok-belok dalam bidang photography ini. Baiklah,saya tak nak mahu bercerita panjang-panjang lagi. Jadi,mari kita terus ke tujuan asalnya. :)

1.Kamu tidak membawa kamera bersama.
     Bagaimana anda hendak menajamkan skill anda dalam photography ini jika tidak membawa kamera bersama anda? Menjadi seorang photographer mesti setiap masa anda akan menangkap gambar. Membawa kamera bersama tidak bermaksud anda membawa DSLR untuk menangkap gambar. Malah,anda juga boleh menggunakan kamera handphone atau compact digital camera anda. Melaluinya secara tidak langsung anda memperoleh skill yang anda cuba cari. Bukannya tidak ada langsung photographer guna kamera handphone malah ada juga guna compact digital camera. Jadi,anda yang tidak ada DSLR,compact digital camera boleh membantu anda untuk menjadi seorang photographer.

2.Anda terlalu terburu-buru
    Kebanyakkan daripada kita mahu menangkap gambar sesuatu yang menarik atau indah. Anda boleh membawa kamera anda 24/7 tetapi anda haruslah belajar untuk memperlahankannya. Maksud saya,nak tangkap gambar anda mesti mengambil masa. Tidak kira berapa lama yang anda mahu tetapi saya jamin ianya tentu akan memberikan kepuasan kepada anda. Keluar berjalan-jalan di bandar atau dimana-mana saja tentu anda mahu menangkap gambar tetapi bermula daripada situ anda harus belajar mengambil masa untuk menangkap gambar yang indah dimata anda.

3.Anda bimbang apa yang orang lain akan berfikir.
     Adakah bila anda hendak menangkap gambar anda berfikir apa orang lain akan berfikir tentang anda? Anda seorang yang suka menunjuk? Seorang yang kelihatan bodoh apabila? Segan? Atau apa saja yang bernegatif. Percayalah,menjadi seorang photographer tidak perlu fikir seperti itu kerana apa yang kita buat adalah apa yang kita mahukan. Tidak kira anda dalam keadaan macam mana sekali pun untuk menangkap gambar,anda mestilah tidak pedulikan apa yang orang lain akan fikir dan anda perlulah melakukannya secara professional.

     Jadi adakan 3-3 alasan itu berbaloi untuk anda memulakan hidup menjadi seorang photographer? Mungkin ya mungkin tidak. Bergantung pada kehendak masing-masing. Lagi satu,setiap kali anda menangkap gambar,janganlah tangkap sekali sahaja. Anda perlu tangkap lebih daripada 3 kali kerana setiap gambar yang anda ambil dengan subject yang sama,salah satunya mesti ada yang terbaik. Ok,setakat ini saja saya nak sampaikan. Kita jumpa lagi entri yang seterusnya. :)

Thursday, June 2, 2011

6 Perkara Utama yang perlu tahu {Photography Lesson 1}

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di Niakulas Prod.Blog. ni. Entri kali ni saya mengganggapnya special kerana tidak semua orang tahu perkara yang penting dalam photography ni. Mungkin ada yang tahu hanyalah cara penggunaannya saja tetapi entri ni saya akan memberitahu perkara yang "terpenting" dalam photography ni. Saya harap apabila saya postkan entri ni anda yang minat bidang photography faham tentang 6 perkara ini dan menguasai ke enam-enam perkara tersebut. 6 perkara ini adalah basic yang anda perlu tahu jika anda mahu mahir seperti Professional Photographer. Belajar perlahan-perlahan insyaAllah anda akan faham apa yang saya hendak sampaikan ini. 6 perkara yang saya hendak sampaikan ini adalah


1. Light - Anda tidak boleh menangkap gambar tanpa mempunyai cahaya.
2.Medium - Cahaya yang anda rakamkan atau dalam kata lain apa yang anda tangkap.
3.Aperture - Lubang yang membolehkan cahaya masuk
4.Shutter Speed - Jumlah yang membolehkan cahaya masuk melepasi lubang.
5.Composition - Apa yang ada dalam gambar anda 
6.Optics - Lens yang memboleh "focus" terhadap cahaya menjadi satu gambar.


     Mungkin anda kurang faham apa yang saya maksudkan pada 6 perkara tersebut. Jadi saya akan terang kepada anda satu per satu supaya anda lebih faham. Mungkin saya akan guna dwibahasa ya sebab ada sesetengah sukar untuk saya jelaskan dalam bahasa Melayu. :) 


      Light - Untuk menangkap gambar anda haruslah mempunyai cahaya. Cahaya itu mungkin berasal dari cahaya yang natural(Cahaya matahari atau cahaya bulan) atau cahaya daripada lampu atau flash. Cahaya yang sensitif dengan mata manusia dipanggil visible-light tetapi sesetengah haiwan juga sensitif terhadap non-visible light seperti ultraviolet,infrared atau x-ray. Kita tidak boleh melihat cahaya tersebut tetapi haiwan boleh, tetapi kita boleh menangkap cahaya tersebut sebagai photograph.

     Medium - Filem atau digital sensor yang boleh merakam sesuatu cahaya. Medium ini terdapat banyak perbezaan dalam sensitiviti dimana ia dipanggil ISO dan apa yang kita rakam atau tangkap cahaya tersebut.

     Aperture(Av = Aperture Value) - Saiz lubang tersebut yang membolehkan cahaya masuk dan melepasinya untuk berubah menjadi satu gambar. Lubang itu memfocuskan cahaya untuk menjadi gambar pada medium. Walaubagaimanapun lens yang kita sering gunakan boleh diadjust untuk menetapkan jumlah cahaya yang masuk melepasi lubang itu untuk di focus.

     Shutter Speed(Tv = Time Value) - Shutter Speed membolehkan jumlah cahaya yang masuk menerusi lubang. Untuk menangkap gambar pada keadaan freeze atau fast moving subjects menggunakan Shutter Speed yang laju. Jika menggunakan Shutter Speed yang perlahan maka subject tersebut akan menjadi blur. Setiap kali shutter dibuka lalu cahaya akan masuk. 

     Composition - Dimana anda boleh menangkap gambar melalui pelbagai sudut,perspektif,warna,contrast dan subject anda.

     Optics - Satu lens yang membolehkan focus terhadap sesuatu cahaya untuk memberi point pada medium. Bergantung pada lens yang hendak digunakan. Sama ada melalui saiz lens yang besar untuk membolehkan anda nampak ruang yang lebih besar atau menggunakan lens yang bersaiz kecil untuk ruangan yang kecil.

   
     Daripada 6 perkara tersebut terdapat 2 perkara yang paling penting iaitu Aperture dan juga Shutter Speed. Kedua-dua perkara ini amat membantu anda jika anda mahu menguasai seluruh mengenai DSLR ni dan kemudian semuanya akan menjadi mudah untuk anda meneruskan bidang Photography ini dengan cara yang professional. Kalau anda hanya menggunakan Auto sampai bila anda takkan dapat menguasai DSLR anda. Belajar menggunakan DSLR secara manual untuk menangkap gambar.
      Pengulangan pada Aperture iaitu membolehkan cahaya masuk dengan jumlah yang tertentu. Apabila lubangnya kecil maka cahaya yang masuk dalam sedikit dan bila lubangnya besar maka cahaya yang masuk lebih banyak. Bagi shutter pula jika anda menggunakan kelajuan shutter yang perlahan maka subject yang anda ambil atau gambar anda ambil akan menjadi blur. Jika guna shutter pada kelajuan yang tinggi subject atau gambar akan menjadi freeze terutama apabila subject itu sedang bergerak laju.
   Baiklah untuk setakat ini saja apa yang kita belajar mengenai photography ni. Harapan saya semoga anda semua boleh menjadi photographer yang berstatus rendah tetapi mempunyai teknik yang professional. Majulah Photography untuk Negara. :) Jumpa lagi di entri yang akan datang.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews