Friday, June 10, 2011

Kenali Lensa / Lens {Part 2}


      Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maaflah ya sebab semalam tak dapat nak update blog ni kerana saya dan yang lain-lain mengadakan malam BBQ jadi memang lupa seketika dengan blog ni.Eheh~ Jangan marah ha~ Saya tetap akan update blog ni juga. :) Ya? Ya? Baiklah bagi yang belum lagi baca Kenali Lensa / Lens {Part 1} anda disarankan supaya membacanya dulu. Kalau tak baca nanti tak faham lak yang part ke-2 ni. :) Setakat ini anda faham mengenai lens? Ini penting untuk anda kalau anda betul-betul ada minat nak menjadi seorang photographer tegar full-time atau part-time. Yela,nanti kalau anda lepak dengan geng-geng photographer lepas itu mereka tanya tentang lens yang anda guna atau sebagainya comfirm anda tak tahu nak menjawab. 

     Dalam part-1 saya memberitahu tentang jenis-jenis lens. Untuk part ke-2 ini saya akan terangkan pula tentang nombor Focal Length pada lens anda contoh "35mm","25mm-125mm". Tahu ke kegunaan nombor FL tu pada lens anda? Atau anda nak beli lens baru tapi tak tahu FL nya berapa. Jadi mungkin entri kali ni boleh tolong anda. InsyaAllah.Setiap sudut yang berubah-ubah juga mempengaruhi FL anda. Jadi jika nombor FL anda semakin besar ia bersamaan dengan Telephoto. Bila kecil bersamaan dengan Wide-Angle. Baiklah gambar dibawah akan menerangkan anda tentang FL.

 10mm

 17mm

 28mm

 50mm

 70mm

 100mm

      Jadi anda faham apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor tersebut? Jadi bila lens anda ada nombor 17mm-50mm,maknanya lens anda boleh zoom antara 17mm hingga 50mm saja. Bukan jarak tapi panjang lens itu. Jadi keluasan satu gambar juga mempengaruhi oleh sensor yang digunakan. Jadi kebanyakkan sensor pada DSLR tidak banyak menggunakan Full-Frame. Saya rasa setakat ini saja untuk part-2. Kerana untuk part-3 lebih panjang entrinya. Baiklah harap anda tahu dah lebih dan kenal dengan lens ini. Kita jumpa lagi ya :)

Psstt : Saya nak postkan gambar extra berkaitan dengan cara nak pegang DSLR dengan betul. Nanti saya akan keluarkan entri fasal ini. InsyaAllah.



   

Reactions:

1 comments:

Geek Photography said...

makasih infonya gan, jadi mengerti tentang ilmu fotografi, hehehee
thank you :)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews