Saturday, June 4, 2011

Cahaya {Photography Lesson 2}

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi singgah di blog Niakulas Prod.Blog. ini dan juga terima kasih kepada yang sudi follow blog ni. Jadi kepada yang belum follow tu,follow lah ya. :) Kerjasama anda amat dihargai. Untuk Photography Lesson 2 ni saya akan ajar anda tentanh Kegunaan Cahaya pula. Bagi yang belum baca dulu entri 6 Perkara Utama yang perlu tahu {Photography Lesson 1} anda boleh baca dulu sebelum meneruskan Photography Lesson 2 ini. Baiklah sebelum itu mari kita ulang balik apa yang kita dah belajar pada Photography Lesson 1.

1. Light - Anda tidak boleh menangkap gambar tanpa mempunyai cahaya.
2.Medium - Cahaya yang anda rakamkan atau dalam kata lain apa yang anda tangkap.
3.Aperture - Lubang yang membolehkan cahaya masuk
4.Shutter Speed - Jumlah yang membolehkan cahaya masuk melepasi lubang.
5.Composition - Apa yang ada dalam gambar anda 
6.Optics - Lens yang memboleh "focus" terhadap cahaya menjadi satu gambar.

     Kali ini kita akan belajar tentang cahaya pula. Ada 4 jenis cahaya yang kita perlu tahu dalam photography ini. 1.Sumber cahaya yang keras. 2.Sumber cahaya yang lembut. 3.Cahaya Transmitted. 4.Pantulan cahaya. Keemapat-empat jenis cahaya perlu anda tahu bagi membolehkan anda tahu keadaan cahaya yang macam mana untuk anda bila mahu shoot.


1.Sumber Cahaya yang Keras.
      Cahaya yang terhasil dimana anda merasakan ianya terlalu terang atau cahaya berada apa keadaan yang sangat luas walaupun cahaya itu terhasil daripada sesuatu yang kecil dimata kita. Contohnya seperti cahaya matahari,flash,lampu atau spot light.

2.Sumber Cahaya yang Lembut.
     Setiap cahaya yang berasal daripada permukaan yang luas tetapi mempunyai hubungan dengan subjek yang anda mahu. Contohnya seperti awan atau langsir yang ditembusi oleh cahaya matahari. Soft Box studio yang bersaiz besar. Cahaya yang lembut boleh terhasil apabila cahaya yang keras dipantul balik oleh permukaan yang plain untuk menghasilkan cahaya yang luas.


3.Cahaya Transmitted.
      Dimana cahaya yang wujud didalam gambar yang anda tangkap. Yang ni saya rasa anda tentu faham. :)

4.Pantulan Cahaya.
     Cahaya yang dipantulkan oleh sesuatu permukaan. Cahaya ini terdapat pada sekeliling kita sama ada didalam bilik,bandar atau dimana-mana saja asalkan cahaya itu terpantul oleh permukaan lain seperti dinding.

      Memahami Cahaya amat penting untuk menjadi anda seorang "Good Photographer". Ianya asas kepada anda jika anda mahu improvekan diri anda dalam bidang photography ini. Tetapi teknik ini juga boleh digunakan yang minat dalam bidang videography. Jadi,apa saja entri yang saya keluarkan mengenai Photography ia juga ada kaitan dengan Videography. Jadi,setakat ini saja untuk entri hari kita jumpa lagi di entri yang akan datang. :)

Psstt : Terfikir juga nak buat ruangan iklan untuk disewa. Ada ke yang nak? Tapi bukan dalam masa yang terdekat ini. Mungkin lambat lagi jadi kami akan beritahu anda sama ada di fan page Niakulas Production atau di blog ini bila kami sudah mahu buat ruangan iklan di sini. :)

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews