Saturday, June 18, 2011

Nikon D3x vs EOS 1Ds Mark III


      Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Eheh. Hari ni saya nak post entri mengenai 2 jenis DSLR yang berkhidmat cukup bagus dalam dunia photography ini. Jadi untuk pengetahuan anda entri kali ni saya akan tumpukan semuanya kepada bidang photography. :) Ok,kedua-dua DSLR ini kalau dibandingkan dengan harga tentu anda pun tak sanggup nak beli tapi bagi siapa yang berkemampuan bolehlah beli. Harga untuk Nikon D3x adalah RM29,988(untuk body saja) dan EOS 1Ds Mark III adalah RM28,999(untuk body saja). Disini pun anda boleh nampak persamaan kedua-dua DSLR ini iatu harga yang terlalu mahal malah murah lagi 135LC kan? Hehehehe. Apa boleh buat kawan,Hasselblad pun ada harga RM120,000. Boleh beli sebiji kereta lagi tu. :)

      Baiklah kita dah nampak dari segi harga antara D3x dan 1DsM3. Sekarang kita akan ke saiz resolution yang terdapat pada kedua-duanya. Untuk yang gemar photography tentu anda mahukan saiz resolusi yang besar bukan? Jadi bagi D3x mempunyai saiz 24.5megapixel dan 1Ds Mark III ialah 21.1megapixel. Jadi Nikon dah menang dari segi resolusinya. N1-0C. Hehehehe. Saiz resolusinya bergantung juga anda mahu kualiti yang macam mana. Maksud saya dari segi yang anda tangkap. Kalau anda nak gambar yang betul-betul tajam anda tangkaplah gambar sebanyak 4x atau lebih dan gabungkannya. Faham? Tak faham pendek akal ye? Oppss. :) Gurau ja. Darisegi sensor pula kedua-duanya menawarkan full-frame sensor iaitu bagi Nikon FX Format Sensor dan Canon Full-Frame CMOS Sensor. Keputusannya? N2-1C. Hee~

      Processornya pula D3x mempunyai Expeed dan 1Ds Mark III mempunyai Dual-Digic 3. Jadi kalau nak ikutkan dari segi kualiti mungkin sama taraf saja tapi dari segi kauntiti processor dimenangi oleh 1Ds Mark III. N2-2C. Seri. AF-Point ialah point yang membolehkan kita focus pada sesuatu tempat. Kalau anda ada DSLR tentu anda akan nampaknya melalui viewfinder atau LCD screen bagi yang boleh live-view. Jadi AF-Point bagi D3x ialah 51-point. Cukup banyak dan untuk 1Ds Mark III hanya 49-point saja. N3-2C. Hehe~ Sebenarnya kalau nak ikutkan banyak lagi yang boleh dibandingkan kedua-dua "beauties" ni. Tapi,banyak lagi benda yang perlu saya updatekan untuk entri seterusnya. Maaf kepada semua kerana terlewat. Biasalah,sekolah dah mula buka,sibuk saja di saat akhir tahun persekolahan. Kita jumpa lagi ya semua. :)







     



Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews