Friday, July 1, 2011

Kami dan Niakulas Prod {1}

    
     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua kerana sudah terlalu lama tidak update blog ini. :) Ampun ya? Ini disebabkan saya tersangat sibuk dengan pelbagai kerja sekolah,motivasi,folio dan banyak lagi. Biasalah,kata tahun terakhir persekolahan(Form 5),memang sibuk macam-macamlah kan? Eheh~ Korang semua sihat tak? Macam mana aktiviti photography atau videography korang sekarang ni? Best? Maju? Baiklah,entri kali ni saya nak berceritakan tentang krew-krew Niakulas Production dan juga Nikon D90 yang telah berkhidmat untuk menjadikan kamera photography. Ianya dimiliki oleh seorang krew kami dan dia juga ialah seorang model Niakulas Production. Tetapi,kami semua masih ditahap yang rendah walaupun kami menceburi bidang ini pada usia persekolahan menengah. 

    
     Pada hari sukan disekolah kami,seorang krew kami telah menjadi photographer untuk Hari Sukan dan ini ialah permulaan untuk Niakulas Production untuk maju lebih pada tahun hadapan dengan pelbagai perancangan yang kami akan buat. Apa yang kami ingin lakukan pada tahun hadapan akan mengubah segalanya mengenai identiti Niakulas Production. Kami bukan menunjuk tetapi inilah yang bakal kami lakukan pada usia yang muda untuk menceburi bidang ini dengan lebih serius daripada kami membuat aktiviti tidak berfaedah selepas sesi persekolahan. Untuk ini,kami ingin berusaha untuk menjadikan Niakulas Production sebuah produksi yang menyediakan khidmat photography dan videography secara professional kelak. Mungkin ianya akan berlaku 10tahun lagi? Siapa tahu? Selagi ada usaha selagi itu ada kejayaan. Betulkan? Eheh~ :)


     Untuk menceburi bidang ini dengan lebih mendalam,buat permulaan kami akan menggunakan kamera milik salah seorang krew seperti yang saya beritahu tadi untuk meneruskan identiti kami. Dan kami juga akan menggunakan kamera compact digital jika kami berjalan-jalan dan secara tak sengaja telah merakam gambar yang terlalu indah untuk dilihat. Bagi kami di Niakulas Production,ceburi bidang photography atau videography ini tidak semestinya menggunakan Pro Camera. Jadi kami ingin menggalakkan korang yang tidak ada DSLR yang kini menjadi trend sekarang untuk dimiliki tidak ditindas walaupun korang ingin menceburi bidang photography. Ini hanya pendapat kami dan bukan pendapat orang lain. :) 



     Menjadi seorang photographer atau videographer bagi kami amat susah untuk diceburi jika ilmu tidak mencukupi. Tapi apa yang kami belajar bukannya daripada kelas-kelas yang kami ambil atau mana-mana bengkel. Kami hanya belajar dimana ia dinamakan Internet. Hehehe~ Uitt,jangan ingat Internet ni tak ada kelas-kelas nak belajar photography ini. Kalau macam tu tak gunalah wujudnya Youtube bukan? Hehe~ Untuk pengetahuan anda,rujukan bagi kami untuk diupdate selalunya kami akan rujuk melalui website-website seperti Canon,Nikon,Sony atau website Rumors atau apa saja website yang kami dapat. Semuanya dalam bahasa inggeris jadi kami akan cuba translatekan apa yang mereka sampaikan dan kami akan sampaikan kepada korang melalui meng'update blog ini. 

     Apa yang kami nampak sekarang ini adalah Nikon sememangnya laku kan untuk anak muda zaman sekarang(mcmlh aq ni da tue sgt :P) untuk menceburi bidang photography. Dan ini kami akui kerana Nikon juga sediakan DSLR yang murah untuk dimiliki dan juga boleh dikatakan mempunyai tahap Pro Camera. Walaubagaimana pun Canon juga laku tetapi ianya kurang kita nampak bagi anak muda dan jika mereka guna Canon mungkin mereka ialah seorang Professional Photographer. Ternyata Canon dan Nikon bersaing untuk menarik perhatian terhadap mereka yang OH TERGILAKAN DSLR. :) Hehe~

     Blog kami mungkin kelihatan kuno tapi bagi ia tidak mengapa kerana blog kami ini adalah permulaan. Bagaimana kita nak mulakan sesuatu jika tiada permulaan kan? :D Insyaallah jika kami dimurahkan rezeki kami akan menaik tarafkan blog ini untuk menjadikan ianya menarik untuk korang semua. Oh sebelum terlupa untuk korang yang baru mengenali kami,disini kami akan memberitahu korang mengenai tip-tip,DSLR,ura-ura,lens dan apa saja yang ada kena mengena dengan DSLR. Kami berharap agar korang akan sentiasa sokong dan memberikan kami semangat untuk menjadikan Niakulas Production sebagai sebuah industri photographer dan videographer yang professional pada suatu hari nanti. Disini sajalah entri untuk kali ini semoga pada hari yang akan datang kami akan sediakan entri untuk korang. Insyaallah,lepas ni saya akan update stiap minggu jika tiada apa-apa halangan. :) 





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews