Thursday, November 3, 2011

iPhone 4S | Kamera (Review)

     Siapa tak kenal dengan jenama Apple. Iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang menghasilkan pelbagai gadjet seperti iPod,iPad,iPhone,dan Mac yang kini mendapat sambutan di seluruh dunia. Malah ianya menyebabkan Apple Inc. berusaha untuk menghasilkan lebih banyak produk untuk memuaskan pengguna di seluruh dunia. Kita telah lihat pelbagai perkembangan yang Apple hasilkan dan yang paling terbaru sekali ialah iPhone 4S.
      Siapa yang jadi Fanboy Apple mesti takkan rasa cukup jika tidak memiliki iPhone. Dan ini telah terbukti bahawa iPhone bukan sahaja sebuah telefon bimbit yang biasa tetapi dikategorikan sebagai Smartphone. Perkembangan iPhone semakin menuju kepada kemajuan dan kini dengan adanya iPhone 4S,Apple Inc. menekankan kepada spesifikasi yang lebih mantap dari iPhone 4. Apa yang menarik sekali ialah pengubahsuaian kamera pada iPhone 4S. Dengan peningkatan kamera sehingga 8megapixel telah memberikan kepuasan yang berlebihan dari pengguna iPhone 4 yang kamera bersaiz 5megapixel. Dengan 8megapixel kamera yang penghasilan optik yang baru,iPhone 4S dikatakan kamera yang terbaik pada telefon bimbit dan ia juga mungkin adalah kamera yang anda perlukan untuk menangkap gambar yang menarik. 
      Bagi yang pakar dalam bidang fotografi mesti bahawa untuk menghasilkan gambar yang menarik dan mempunyai taraf fotografi ia bukanlah disebabkan saiz megapixel sahaja tapi ia juga berkaitan dengan cahaya. Apple Inc. telah menghasilkan optik yang baru untuk iPhone 4S supaya cahaya yang memasuki melalui lensa iPhone 4S membentuk satu gambar yang lebih tajam daripada biasa atau dalam kata lain kabur. Penghasilan optik f/2.4 aperture Apabila cahaya yang masuk semakin banyak maka gambar tersebut akan nampak lebih cantik dan juga terdapat hybrid infrared filter.
      iPhone 4S juga mampu menangkap gambar pada cahaya yang rendah dan akan hasilkan gambar yang mempunyai cahaya yang cukup untuk menjelaskan gambar tersebut. Jika menangkap gambar yang cahaya yang tinggi dan akan dihasilkan gambar yang kurang cahaya. Ini disebabkan pembinaan backside illumination sensor yang terbina dalam iPhone 4S.
      Apple Inc. juga telah membina cip pemprosesan yang terbaru iaitu A5 yang mampu tap focus atau pun mengawal exposure. Cip A5 juga dibina untuk kelajuan kamera pada iPhone 4S supaya dapat menangkap setiap gambar tanpa tertinggal. Ianya juga terdapat advanced algorithms dalam iOS 5 untuk white balance & dynamic range yang lebih stabil. Face detection juga terdapat dalam iPhone 4S seperti mana terdapat dalam mana-mana kamera.
      Apa yang paling menarik sekali ialah iPhone 4S berkebolehan untuk merakam setiap detik dengan rakaman berkualiti 1080p/30fps. Dalam kata ianya adalah rakaman FULL HD dan juga terbina stabilizer yang membolehkan anda merakam tanpa sebarang getaran. Jadi iPhone 4 yang dahulunya spesifikasi yang tidak seberapa diminati pada hari ini kerana telah muncul pula iPhone 4S dengan peningkatan spesifikasi yang lebih canggih. Ini dapat membuktikan bahawa teknologi sudah semakin maju dan mungkin penggunaan kamera digital akan lupus terus dan manusia akan mula menggunakan telefon bimbit untuk menangkap atau merakam gambar yang kualitinya terlalu tinggi dan mungkin akan menyamai taraf DSLR pada suatu hari nanti. Dan di NP teringin sangat untuk membuat satu hands-on review tentang kamera. Mungkin jika ada rezeki NP akan buat hands-on review.Jadi tinggalkan komen anda di ruangan bawah atau like di fan page NP. :)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews