Sunday, July 31, 2011

Beginner : Kenali jenis "Blur".

     Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekali lagi kita bertemu pada hari ini dengan entri tutorial untuk sesi pembelajaran korang sendiri yang mahu menceburi dalam bidang photography. Baiklah,semalam saya post entri mengenai rumors Canon 5D Mark III. Bagi yang belum membacanya,sila klik sini. Jadi,apa yang kita akan belajar pada hari ini? Hari ini saya akan ajar korang tentang "Blur" pada gambar. Betul atau tidak,ada masanya gambar yang korang tangkap akan jadi blur bukan?  Sebab apa? Korang ingat balik apa yang korang buat pada masa tu. Baiklah,terdapat 4 jenis Blur yang korang perlu tahu :

          1.Subject Blur
          2.Motion Blur
          3.Short Focus Blur
          4.Hand-shake Blur


Subject Blur
     Kita kenal dulu dengan jenis Blur yang pertama iaitu Subject Blur. Kenapa Subject Blur ni terjadi? Ini kerana,korang tersilap focus terhadap sesuatu subject itu. Maksudnya,korang focus pada bahagian background dan subject akan menjadi Blur jika anda perhatikan elok2. Jadi,korang kena berhati-hati kalau nak tangkap gambar tu.

Motion Blur
     Ok,Motion Blur ialah keadaan yang blur terhadap sesuatu yang bergerak. Jadi,blur yang macam ini sudah tentu korang nampak dengan jelas. Hal ini berlaku apabila korang sendiri yang tidak mementingkan Shutter Speed. Baiklah,saya akan beritahu apa yang perlu dilakukan untuk elak daripada dapat Motion Blur.First korang pilih Aperture dekat dial korang tu. Pilih saiz aperture yang paling kecil. Agak2 jela,jangan yang terkecil terus. Second,pilih Shutter Speed pula dan setkan pada 1/100 sec atau lebih. Ikut kesesuaian.

  Short Focus Blur
     Blur jenis ini korang perlu tahu hanya lens tertentu saja boleh focus subject itu pada jarak yang dekat. Ada lens untuk jarak jauh dan ada untuk jarak dekat. Jadi,kamera itu sendiri tidak tangkap gambar jika subject yang terlalu dekat itu kabur. Korang perlu tahu,nak focus jarak dekat kena ada lens mirco.

  Handshake Blur
     Handshake Blur berlaku apabila korang tidak berdiri dengan betul. Nak tangkap gambar bukannya berdiri tegak. Paling bagus gunalah tripod. Yang ringan sudahlah atau pun tripod kaki 1 tu. Kalau malas sangat bawak tripod,guna apa saja benda yang terdapat di sekeliling korang tu yang stabil. Jadi,tak adalah Handshake blur. Handshake Blur ada 3 sebab kenapa ianya terjadi. 1,shoot gambar dalam low light tanpa flash. 2,indoor shoot. 3,guna zoom yang paling jauh.

     Jadi,korang semua sudah tahukan apa jenis2 blur ni? Semoga korang semua dapat memperbaiki gambar korang tu. Pastikan tiada blur dalam gambar supaya gambar nampak lebih berkualiti. Kita jumpa lagi di entri yang akan datang. :D Lepas ni kita akan kenali pula dengan "Distortion","Discoloration" dan "Pixalation". 


Saturday, July 30, 2011

Keputusan belum di buat untuk penghasilan 5D Mark III. {Canon Rumors}

     Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Ya Allah,lama betul saya tak update blog ni kan? Tapi tak apa,bukan saya tak update langsungkan? Ok,tanpa membuang masa kita akan terus ke tajuk asal entri ni.

     Syarikat Canon masih belum lagi bersedia untuk melancarkan model yang di nanti-nantikan oleh penggemar dan peminat setia model 5D kerana Canon perlu membuat 2 lagi keputusan untuk upgrade'kan lagi model tersebut iaitu 5D Mark III. Kemudia,barulah mereka akan melancarkannya. Insyaallah.

    1.Menghasilkan 5D sebuah camera yang mempunyai ciri-ciri paling baik seperti record video dalam line-up model tersebut.
    2.Sebuah camera antara 5D Mark III dan 1D.(kurang pasti apa yang dimaksudkan)

     Jadi,saya tidak boleh mengatakan ianya 100% betul sebab nama pun Rumors kan? Hee~ By the way,bagaimana dengan sesi photography / videography korang? Ok? :) Saya pun dah lama tak shooting gambar ni. Baiklah,kita jumpa lagi di entri yang akan datang. :) Video dibawah ni korang mesti kena tengok sebab apa? Korang nampak lampu yang dekat belakang tu? Tu la flash dari camera Canon 60D sebanyak 250. Kreatif nak mampuskan diorang ni? LOL!

Friday, July 1, 2011

Kami dan Niakulas Prod {1}

    
     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua kerana sudah terlalu lama tidak update blog ini. :) Ampun ya? Ini disebabkan saya tersangat sibuk dengan pelbagai kerja sekolah,motivasi,folio dan banyak lagi. Biasalah,kata tahun terakhir persekolahan(Form 5),memang sibuk macam-macamlah kan? Eheh~ Korang semua sihat tak? Macam mana aktiviti photography atau videography korang sekarang ni? Best? Maju? Baiklah,entri kali ni saya nak berceritakan tentang krew-krew Niakulas Production dan juga Nikon D90 yang telah berkhidmat untuk menjadikan kamera photography. Ianya dimiliki oleh seorang krew kami dan dia juga ialah seorang model Niakulas Production. Tetapi,kami semua masih ditahap yang rendah walaupun kami menceburi bidang ini pada usia persekolahan menengah. 

    
     Pada hari sukan disekolah kami,seorang krew kami telah menjadi photographer untuk Hari Sukan dan ini ialah permulaan untuk Niakulas Production untuk maju lebih pada tahun hadapan dengan pelbagai perancangan yang kami akan buat. Apa yang kami ingin lakukan pada tahun hadapan akan mengubah segalanya mengenai identiti Niakulas Production. Kami bukan menunjuk tetapi inilah yang bakal kami lakukan pada usia yang muda untuk menceburi bidang ini dengan lebih serius daripada kami membuat aktiviti tidak berfaedah selepas sesi persekolahan. Untuk ini,kami ingin berusaha untuk menjadikan Niakulas Production sebuah produksi yang menyediakan khidmat photography dan videography secara professional kelak. Mungkin ianya akan berlaku 10tahun lagi? Siapa tahu? Selagi ada usaha selagi itu ada kejayaan. Betulkan? Eheh~ :)


     Untuk menceburi bidang ini dengan lebih mendalam,buat permulaan kami akan menggunakan kamera milik salah seorang krew seperti yang saya beritahu tadi untuk meneruskan identiti kami. Dan kami juga akan menggunakan kamera compact digital jika kami berjalan-jalan dan secara tak sengaja telah merakam gambar yang terlalu indah untuk dilihat. Bagi kami di Niakulas Production,ceburi bidang photography atau videography ini tidak semestinya menggunakan Pro Camera. Jadi kami ingin menggalakkan korang yang tidak ada DSLR yang kini menjadi trend sekarang untuk dimiliki tidak ditindas walaupun korang ingin menceburi bidang photography. Ini hanya pendapat kami dan bukan pendapat orang lain. :) 



     Menjadi seorang photographer atau videographer bagi kami amat susah untuk diceburi jika ilmu tidak mencukupi. Tapi apa yang kami belajar bukannya daripada kelas-kelas yang kami ambil atau mana-mana bengkel. Kami hanya belajar dimana ia dinamakan Internet. Hehehe~ Uitt,jangan ingat Internet ni tak ada kelas-kelas nak belajar photography ini. Kalau macam tu tak gunalah wujudnya Youtube bukan? Hehe~ Untuk pengetahuan anda,rujukan bagi kami untuk diupdate selalunya kami akan rujuk melalui website-website seperti Canon,Nikon,Sony atau website Rumors atau apa saja website yang kami dapat. Semuanya dalam bahasa inggeris jadi kami akan cuba translatekan apa yang mereka sampaikan dan kami akan sampaikan kepada korang melalui meng'update blog ini. 

     Apa yang kami nampak sekarang ini adalah Nikon sememangnya laku kan untuk anak muda zaman sekarang(mcmlh aq ni da tue sgt :P) untuk menceburi bidang photography. Dan ini kami akui kerana Nikon juga sediakan DSLR yang murah untuk dimiliki dan juga boleh dikatakan mempunyai tahap Pro Camera. Walaubagaimana pun Canon juga laku tetapi ianya kurang kita nampak bagi anak muda dan jika mereka guna Canon mungkin mereka ialah seorang Professional Photographer. Ternyata Canon dan Nikon bersaing untuk menarik perhatian terhadap mereka yang OH TERGILAKAN DSLR. :) Hehe~

     Blog kami mungkin kelihatan kuno tapi bagi ia tidak mengapa kerana blog kami ini adalah permulaan. Bagaimana kita nak mulakan sesuatu jika tiada permulaan kan? :D Insyaallah jika kami dimurahkan rezeki kami akan menaik tarafkan blog ini untuk menjadikan ianya menarik untuk korang semua. Oh sebelum terlupa untuk korang yang baru mengenali kami,disini kami akan memberitahu korang mengenai tip-tip,DSLR,ura-ura,lens dan apa saja yang ada kena mengena dengan DSLR. Kami berharap agar korang akan sentiasa sokong dan memberikan kami semangat untuk menjadikan Niakulas Production sebagai sebuah industri photographer dan videographer yang professional pada suatu hari nanti. Disini sajalah entri untuk kali ini semoga pada hari yang akan datang kami akan sediakan entri untuk korang. Insyaallah,lepas ni saya akan update stiap minggu jika tiada apa-apa halangan. :) 





Saturday, June 18, 2011

Nikon D3x vs EOS 1Ds Mark III


      Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Eheh. Hari ni saya nak post entri mengenai 2 jenis DSLR yang berkhidmat cukup bagus dalam dunia photography ini. Jadi untuk pengetahuan anda entri kali ni saya akan tumpukan semuanya kepada bidang photography. :) Ok,kedua-dua DSLR ini kalau dibandingkan dengan harga tentu anda pun tak sanggup nak beli tapi bagi siapa yang berkemampuan bolehlah beli. Harga untuk Nikon D3x adalah RM29,988(untuk body saja) dan EOS 1Ds Mark III adalah RM28,999(untuk body saja). Disini pun anda boleh nampak persamaan kedua-dua DSLR ini iatu harga yang terlalu mahal malah murah lagi 135LC kan? Hehehehe. Apa boleh buat kawan,Hasselblad pun ada harga RM120,000. Boleh beli sebiji kereta lagi tu. :)

      Baiklah kita dah nampak dari segi harga antara D3x dan 1DsM3. Sekarang kita akan ke saiz resolution yang terdapat pada kedua-duanya. Untuk yang gemar photography tentu anda mahukan saiz resolusi yang besar bukan? Jadi bagi D3x mempunyai saiz 24.5megapixel dan 1Ds Mark III ialah 21.1megapixel. Jadi Nikon dah menang dari segi resolusinya. N1-0C. Hehehehe. Saiz resolusinya bergantung juga anda mahu kualiti yang macam mana. Maksud saya dari segi yang anda tangkap. Kalau anda nak gambar yang betul-betul tajam anda tangkaplah gambar sebanyak 4x atau lebih dan gabungkannya. Faham? Tak faham pendek akal ye? Oppss. :) Gurau ja. Darisegi sensor pula kedua-duanya menawarkan full-frame sensor iaitu bagi Nikon FX Format Sensor dan Canon Full-Frame CMOS Sensor. Keputusannya? N2-1C. Hee~

      Processornya pula D3x mempunyai Expeed dan 1Ds Mark III mempunyai Dual-Digic 3. Jadi kalau nak ikutkan dari segi kualiti mungkin sama taraf saja tapi dari segi kauntiti processor dimenangi oleh 1Ds Mark III. N2-2C. Seri. AF-Point ialah point yang membolehkan kita focus pada sesuatu tempat. Kalau anda ada DSLR tentu anda akan nampaknya melalui viewfinder atau LCD screen bagi yang boleh live-view. Jadi AF-Point bagi D3x ialah 51-point. Cukup banyak dan untuk 1Ds Mark III hanya 49-point saja. N3-2C. Hehe~ Sebenarnya kalau nak ikutkan banyak lagi yang boleh dibandingkan kedua-dua "beauties" ni. Tapi,banyak lagi benda yang perlu saya updatekan untuk entri seterusnya. Maaf kepada semua kerana terlewat. Biasalah,sekolah dah mula buka,sibuk saja di saat akhir tahun persekolahan. Kita jumpa lagi ya semua. :)







     



Friday, June 10, 2011

Kenali Teknologi Nikon {Part 1}


     Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni entri yang agak menarik kerana anda dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang teknologi NIKON yang terkini. Jadi saya yakin disini pasti ramai peminat NIKON bukan? Hehehe. Saya pun peminat NIKON tapi tegar dengan CANON. Kenal dengan lebih rapat dengan NIKON ini mesti ibarat kenal rapat dengan "EHEM-EHEM". Hehehe. Takkan tak rapat kot? Si-dia merajuk nanti baru tau. :) Baiklah saya akan kenalkan anda dengan "special effects" yang dihasilkan oleh NIKON pada modenya.


     Mungkin effect ini anda baru tahu. NIKON menyediakan Mode Special Effects ini untuk menangkap gambar atau D-Movie a.k.a video recording. Effects ini boleh didapati pada mode dial kamera tersebut. Apa yang menarik ialah anda boleh menangkap secara "live-View" sambil hendak guna special effects ini. Ada 7 effects antaranay :


Night Vision : Untuk menangkap gambar atau video pada cahaya yang rendah atau gelap seperti waktu malam.
Silhouette : Untuk melawan subjek supaya menentang cahaya "Background" yang terang.
High Key : Untuk menangkap gambar dan diterangi dengan cahaya dalam satu gambar.
Low Key : Untuk menangkap gambar dan digelapkan.
Colour Sketch : Untuk memberikan satu gambar itu seperti dilukis.
Miniature Effect : Membolehkan untuk focus subjek pada jarak jauh dan bila guna D-Movie seolah seperti Time Lapse bila anda "play" balik video itu tanpa ada "sound".
Selective Colour : Untuk memilih warna-warna tertentu pada gambar.



     Vari-Angle LCD Screen hanya terdapat pada D5100. Ini membolehkan seseorang photographer itu merakam atau menangkap gambar pada sudut yang "extreme" dan juga boleh buat sebagai Self-Portraits.
      FX dan DX Format ialah sensor dimana cahaya akan memasuki melalui  lens dan terus ke sensor apabila tekan butang Shutter. DX Format mempunyai saiz yang lebih kecil iaitu 24x16mm dan FX Format pula mempunyai saiz yang besar iaitu 24x36mm. Nikon juga telah mereka lens yang sesuai untuk kedua-dua sensor tersebut DX dan juga FX. Jika DSLR Nikon anda guna DX Format disarankan juga anda menggunakan Nikkor DX Lens sama juga dengan FX Format = Nikkor FX Lens. Contoh anda hendak mengenali Nikkor DX/FX Lens ialah "AF-S DX Zoom-Nikkor 12-24mm f/4G IF-ED".  DX Lens ini dicipta supaya menjadi lebih ringan untuk saiz camera yang lebih kecil. Jadi setiap gambar yang anda tangkap akan di'crop 1.5x dihasilkan. Sebagai contoh jika 24mm lens pada DX sensor bermakna saiz tersebut bersamaan dengan 36mm view. Sama seperti FX Format. Klik gambar dibawah untuk tumbesaran. Hehehe.



      Paling penting sekali ialah penjagaan sensor pada DSLR anda apabila anda ingin tukarkan lens anda. Jadi Nikon telah membuat satu cara iaitu Comprehensive Dust Reduction System. Sistem ini boleh membersihkan ruangan yang terdapat pada sensor dengan select "Clean Now" pada setting secara manual atau automatik apabila Startup/Shutdown. Jadi selepas ini anda tak perlulah mencuci bahagian dalam. Tak ada lagi risiko. :) Hehehe.


      Saya akan sambung pula tentang teknologi Nikon untuk part yang ke-2. Ada banyak. Tapi saya akan buat setiap part ada 4 bahan tentang Nikon ini. Ok. Kita jumpa lagi ya semua. Follow lah blog ini kalau sudi. :) Dan juga like Fan Page di FB.

Kenali Lensa / Lens {Part 2}


      Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maaflah ya sebab semalam tak dapat nak update blog ni kerana saya dan yang lain-lain mengadakan malam BBQ jadi memang lupa seketika dengan blog ni.Eheh~ Jangan marah ha~ Saya tetap akan update blog ni juga. :) Ya? Ya? Baiklah bagi yang belum lagi baca Kenali Lensa / Lens {Part 1} anda disarankan supaya membacanya dulu. Kalau tak baca nanti tak faham lak yang part ke-2 ni. :) Setakat ini anda faham mengenai lens? Ini penting untuk anda kalau anda betul-betul ada minat nak menjadi seorang photographer tegar full-time atau part-time. Yela,nanti kalau anda lepak dengan geng-geng photographer lepas itu mereka tanya tentang lens yang anda guna atau sebagainya comfirm anda tak tahu nak menjawab. 

     Dalam part-1 saya memberitahu tentang jenis-jenis lens. Untuk part ke-2 ini saya akan terangkan pula tentang nombor Focal Length pada lens anda contoh "35mm","25mm-125mm". Tahu ke kegunaan nombor FL tu pada lens anda? Atau anda nak beli lens baru tapi tak tahu FL nya berapa. Jadi mungkin entri kali ni boleh tolong anda. InsyaAllah.Setiap sudut yang berubah-ubah juga mempengaruhi FL anda. Jadi jika nombor FL anda semakin besar ia bersamaan dengan Telephoto. Bila kecil bersamaan dengan Wide-Angle. Baiklah gambar dibawah akan menerangkan anda tentang FL.

 10mm

 17mm

 28mm

 50mm

 70mm

 100mm

      Jadi anda faham apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor tersebut? Jadi bila lens anda ada nombor 17mm-50mm,maknanya lens anda boleh zoom antara 17mm hingga 50mm saja. Bukan jarak tapi panjang lens itu. Jadi keluasan satu gambar juga mempengaruhi oleh sensor yang digunakan. Jadi kebanyakkan sensor pada DSLR tidak banyak menggunakan Full-Frame. Saya rasa setakat ini saja untuk part-2. Kerana untuk part-3 lebih panjang entrinya. Baiklah harap anda tahu dah lebih dan kenal dengan lens ini. Kita jumpa lagi ya :)

Psstt : Saya nak postkan gambar extra berkaitan dengan cara nak pegang DSLR dengan betul. Nanti saya akan keluarkan entri fasal ini. InsyaAllah.



   

Tuesday, June 7, 2011

Compact Digital Camera,Smartphone Photography {Tips}


     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak minta maaflah ya sebab semalam tak dapat nak update blog ni sebab MIGRAIN ATTACK! :) So otak pun tak berapa nak elok :) Eheh~ Hari ini entri kali ni mungkin agak menarik bagi saya atau bagi anda juga yang tidak mempunyai DSLR. Jadi sebagai seorang yang ada keinginan untuk memiliki DSLR dan menjadi photographer tegar dan mungkin tergolong dalam kalangan Professional,compact digital camera(CDC) dan juga smartphone boleh menjadikan anda seorang photographer yang beginner. Jadi,anda yang memiliki CDC dan juga smartphone tidak ketinggalan untuk menjadi photographer kerana CDC adalah untuk golongan yang tidak berkemampuan untuk beli DSLR dan bagi pengguna smartphone pula mungkin anda suka kesemuanya dalam satu alat. 


     Baiklah,bagi pengguna CDC sesetengah daripada anda mungkin tak tahu nak gunakannya macam mana. Tidak apa bagi seorang yang beginner mungkin akan guna AUTO Mode lah kan? Macam sayalah juga. Hehehe. Dulu mendap tak tahu nak guna macam mana. Sekarang sampai dah tak tahu nak guna macam dah habis semua di pelosoknya CDC tu. Anda boleh ambil contoh gambar dibawah dimana gambar yang saya ambil tu menggunakan Flower atau boleh juga guna Close Up atau sesetengah CDC ada Macro mode kan? Jadi kalau pandai guna mungkin hasilnya macam gambar dibawah. Original punya tau. :)



     Bagi saya memang nampak biasalah sangatkan? Almaklumlah teman ni guna cap ayam je. Hehe. Tapi sesetengah daripada anda mungkin rasa takkan sempurna kalau tak di edit bukan? Bagi saya kalau guna CDC ni kenalah edit sedikit dengan photoshop ataupun lightroom ke. Jadi kalau gambar yang asalnya dari CDC anda kena edit bagi cun kalau guna DSLR comfirm tak perlu kot? Ikut hati masing-masinglah kan? Citarasa sendiri apa boleh buat kan kan kan?? Ok,bila saya dah perkenakan sedikit edit pada gambar diatas tu hasilnya seperti gambar dibawah ini.


     Hasilnya seperti ini. Bila saya mengenakan dengan HDR dan guna Exposure and Gamma. Cantik bukan? Kalau tak cantik tak apa mungkin anda ada gambar yang lebih cantik dari inikan? :) Jadi kalau anda fikir CDC ini ada juga gunanya bukan? Bukan setakat tangkap ikut suka hati anda tapi anda juga boleh mengenakan dengan gaya seperti anda guna DSLR. Percayalah kalau anda buat macam gambar diatas ini akan ada orang ingat anda guna DSLR. :) Ini berkaitan dengan gambar tumbuhan kali ini berkaitan pula dengan gambar orang atau dipanggil Portrait. Kalau anda tak ada cahaya yang betul,kedudukan yang betul mungkin Portrait anda takkan menjadi. Jadi apa yang anda perlu buat ialah tangkap gambar kawan anda atau siapa saja dalam teknik Portrait,tangkap banyak kali. Ingat! Satu gambar takkan menjadi kerana kalau anda tangkap banyak-banyak gambar salah satunya mesti menjadi. Seperti gambar dibawah saya hanya guna Portrait Mode dalam CDC cap ayam saya ni.Eheh.


 Krew Niakulas Production

    Gambar diatas ini saya telah mengenakan dengan Adobe Lightroom terlebih dahulu. Jadi saya dah cuba dan cuba dan cuba dengan pelbagai effect colour yang berbeza. Jadi saya terfikir kalau gambar dah macam ini tentu cantik bila dikenakan dengan Black & White. Ok dari pendapat saya kalau gambar-gambar seperti ini tentu cantik kalau dengan Black & White. Tapi kalau anda mungkin berbeza daripada saya. Lebih kena dengan Black & White saya kenakan pula dengan HDR Exposure dan Gamma. Jadi hasilnya.



     Jadi bagi sayalah jangan terasa terasing kalau anda guna CDC ini. Guna CDC pun dengan cara yang betul comfirm setaraf dengan DSLR. Percayalah cakap saya :) Wink Wink~ Baiklah sekarang saya akan bagitahu pula fasal Smartphone Photography. Ok,kalau nak ikutkan saya nak buat Phone Photography tapi disebabkan saya dah test guna Smartphone jadi saya akan cerita fasal Smartphone Photography. Jadi bagi pengguna telefon bimbit lain yang ada kamera dan auto focus anda janganlah rasa terasing ya sebab fon-fon biasa yang ada auto focus adik beradiklah juga dengan Smartphone ni dalam photography. :)

     Tadi saya test kamera Smartphone milik salah seorang krew NP yang berjenama HTC Wildfire. Terpegun juga seketika kerana kameranya yang bolehkan anda mahu focus pada tempat yang anda mahu. Ok,ini memang baru bagi saya kalau nak guna Smartphone ni. Apa yang menarik ialah kita boleh ubah Contrast,Saturation dan Sharpness. Ok memang smartphone lain pun ada yang macam dan mungkin lebih hebat dari yang ini. Gambar dibawah saya nak tunjukkan apa yang saya tangkap sebelum edit. Original punya ma~



     Bagi sayalah gambar ini dah macam guna CDC cap ayam saya je.Eheh~ Gambar ini saya dan kurangkan saturation dan naikkan sedikit contrast. Sharpness saya naikkan terus jadi boleh tahan sharpnya walaupun kita nampak tak adalah sharp manakan? Jadi bila di edit dengan teknik Selective Colour + HDR EXposure dan Gamma hasilnya...
     Nicekan? Jadi yang ada Smartphone tu guna-gunalah teknik photography. Mesti cantik punyalah kawan. :) Eheh. Ada yang dah bersemangat nak berphotography guna smartphone? By the way,camera yang paling laris untuk digunakan sebagai photography diconquer oleh iPhone 4. Memang tak dapat dinafikan sebab iPhone 4 memang banyak apps yang khas untuk photography seperti Admin Oh!Media - Khai yang guna iPhone 4 tangkap gambar bangunan KLCC. Cantik kalau anda pernah tengok di fan page Oh!Media dan juga pernah digunakan untuk merakam video wedding oleh CST Production.

     Baiklah dari sini pun anda nampak CDC dan smartphone boleh digunakan untuk photography tapi lagi cantik bila edit dengn photoshop atau lightroom. Tak percaya cubalah dulu :) Baiklah saya akan postkan gambar-gambar selebihnya dibawah. Jadi setakat ini saja untuk korang tahu tips yang membolehkan anda guna CDC dan smartphone walaupun anda tidak ada DSLR. :) Kita jumpa lagi ya semua :) Hope anda sekarang dah faham CDC dan smartphone boleh digunakan untuk photography.

from CDC

 from smartphone

Psstt : apa pendapat anda? Jom share :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews