Wednesday, June 1, 2011

Sony Alpha 77(A77) bakal dikeluarkan July ini?(Sony Rumors)

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang hari ini ingin mengetahui spesifikasi Sony Alpha 77 atau lebih dikenali sebagai A77. Jika sebelum ini "saudara" terdekatnya A33 dan A55 mendapat sambutan yang menarik kerana keberkesanannya yang menggunakan teknologi Translucent dan juga akan digunakan oleh A77. Mungkin anda hanya tahu apa yang di maksudkan dengan DSLR iaitu Digital Single Lens Reflect. Tetapi Sony ingin menggunakan DSLT iaitu Digital Single Lens Translucent. Sekajap lagi saya terangkan apa itu Translucent. Sony adalah sebuah syarikat yang sering berlumba untuk menjadi sebuah syarikat yang berteknologi tinggi. Jika anda faham maksud saya ialah Canon,Nikon dan lain-lain guna DSLR tetapi Sony guna DSLT. Sama juga handycam. Canon masih mengeluarkan produk handycam yang boleh merakam 2D saja tetapi Sony keluarkan produk yang terbaru HDR-TD10 iaitu handycam 3D dan HDR-PJ10 yang mempunyai projector. Menarik bukan? Jadi itulah pengenalan sedikit sebanyak tentang Sony ini. 
     Oleh itu dengan keluaran A77 ini Sony mahu bersaing dengan DSLR-DSLR yang lain seperti Nikon D7000,Canon 7D atau lain-lain. Seperti saudaranya A33 dan A55 yang kecil,mudah dibawa mungkinkah A77 ini akan mempunyai ciri yang sama seperti saudaranya? Ada juga yang mengatakan bahawa A77 ini akan menyerupai A700. Jadi untuk saiznya kami masih belum lagi peroleh maklumat yang tepat tentangnya. Ramai pengguna yang merugut dengan A33 dan A55 kerana setiap kali mereka merakam video,automatik kamera tersebut menjadi Overheating setelah merakam selama 12-minit jika Steady Shot-ON.Kalau Steady Shot-OFF dapat merakam selama 30-minit. Ok,kalau lepas ini mana tahu A77 boleh merakam video lebih lama daripada biasa apabila Steady Shot-ON. Jadi sekarang saya akan menerangkan ciri-ciri yang mungkin terdapat pada A77 ini. 
     Mengikut kata Sony,A77 ini tidak akan menggunakan vari-angle LCD seperti A55 dan A33. Tetapi akan menggunakan Side-Hinged LCD,design yang baru dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Jadi kami tidak tahu bagaimana rupanya Side-Hinged LCD ni. Harap-harap ianya lebih hebat daripada sebelum ni. A77 ini akan dibekalkan dengan lens yang baru iaitu 16-50mm.  Berbanding dengan Zeiss 16-80mm f/3.5-4.5 yang mempunyai Aperture yang lebih constant dan harganya yang lebih tinggi. A77 akan mempunyai 3juta-dot OLED Viewfinder 2x ganda lebih daripada A55 dan A33.
      Sebelum ini A55 mempunyai pixel yang bersaiz 16-megapixel(mp) saja. Tetapi A77 mungkin akan menjangkaui lebih daripada A55 iaitu 24mp dengan sensor APS-C model baru. Menyamai standard pixel yang digunakan oleh A900. Boleh merakam video 1080p/30fps, 720p/60fps and 720p/30fps high-definition. 30fps mungkin juga ada 24fps/25fps? Untuk pengetahuan anda,Auto Focus(AF) bagi A77 mempunyai ciri-ciri yang AFnya berada tahap yang laju jika dibandingkan dengan mana-mana DSLR yang mempunyai AF yang perlahan. Ciri-ciri ini juga terdapat pada A33 dan A55. Menggunakan badan Magnesium Alloy dan harganya mungkin lebih mahal daripada Canon 60D. 1000 gambar boleh ditangkap dengan 1 bateri. Terdapat juga dua berita,baik dan buruk
         Berita Baik : Sony tetap akan meneruskan keluaran A77 dengan NEX-7 pada bulan Julai walaupun sebelum ini Jepun dilanda gempa bumi.
Berita Buruk : Sony akan menghadkan kuantiti pengeluarannya.(Mungkin sebab nak tengok jika A77 dan NEX-7 mendapat sambutan?)
     Translucent Mirror Technology
      Ok,sekarang saya akan menerangkan pada anda apa itu teknologi Translucent. Translucent adalah cermin yang memboleh cahaya menembusinya dan terus ke sensor. Ia juga mampu memantulkan cahaya ke Viewfinder dalam masa yang sama. Berbeza dengan DSLR yang menggunakan cermin hanya boleh pantul ke Viewfinder sahaja dan akan ke sensor jika tekan butang Shutter. Dengan teknologi Translucent ini membolehkan kamera itu menangkap gambar sebanyak 7fps(A33) - 10fps(A55) dan juga anda boleh menangkap gambar tanpa melihat pada Viewfinder tetapi melihat melalui skrin LCDnya. 
      Setakat ini saja entri saya mengenai Sony Alpha 77 yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Kita jumpa di entri yang akan datang. :)


Psstt : Dah "like" belum Page Niakulas Production? Kalau silalah "like" ya :) Buttonnya ada dekat atas tu. Siap dengan logo NP. Pagi ni kita layan lagu John Travolta. :) Lalala.



D5100 pembaharuan D5000 (Nikon)

     Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca di Niakulas Production. Entri sebelum ini saya ada mengeluarkan kenyataan ura-ura(rumors) tentang Canon 1Ds V dan juga 5D Mark III. Kali ini saya akan membuat ulasan atau saya lebih gemar menggunakan review Nikon D5100 pula. Anda tahu atau tidak bahawa terdapat beberapa perubahan dari D5000 ke D5100. Kita akan bercerita tentang hal itu sebentar lagi. Jika anda perhatikan jarak perbezaan antara keluaran D5000 dan D5100 adalah 2 tahun iaitu dari tahun 2009 ke 2011. Saya tahu disini ramai peminat malah pengguna Nikon tegar bukan? Ada juga yang membuat team photography yang hanya menggunakan DSLR berjenama Nikon sahaja. Ternyata pada masa kini Nikon mendapat tarikan daripada pengguna diluar sana. Adakah anda juga salah seorang pengguna Nikon? Setiap jenama ada kelebihannya tersendiri. Jadi tak perlulah kita ber'haters dengan pengguna-pengguna lain. Cukup sekadar anda mengaku bahawa "saya tidak minat pada ...(isi sendiri,hehehe)". Daripada pengetahuan kami yang adakalanya betul dan silap tetapi saya akan memberitahu apa yang dipandang oleh sesetengah pihak mengenai Nikon,Canon dan Sony. Nikon(DSLR) dikatakan mempunyai kualiti yang tinggi dalam bidang photography tetapi jika dibidang videography pula Canon(DSLR) lebih terbaik. Bagaimana pula dengan Sony? Sony mempunyai kualiti yang terbaik dalam videography iaitu Handycam. Ok lah banyak sangat saya bercerita ni. Kita kembali ke jalan benar. Hehehe

     Perasan atau tidak D5100 mengubah kedudukan skrin LCDnya. Maksud saya jika dibandingkan skrin LCD D5000 dulu mempunyai ciri vari-angle kebawah dan D5100 mempunyai ciri yang sama juga tetapi berubah kekanan. Skrinnya yang bersaiz 3-inci dan 921k-dot HD. Ciri yang sama seperti Canon 600D. Jika mengikut saiz megapixel perbezaannya amat jauh,mungkin? Pada D5000 hanya bersaiz 12.3mp jika dibandingkan dengan D5100 yang bersaiz 16mp. Ok,kalau saiz megapixel-nya besar bagaimana pula dengan saiz sensor? D5100 menggunakan DX-format Cmos Sensor iaitu lebih besar daripada Cmos Sensor. Tetapi DX-format masih lagi kecil jika dibandingkan dengan FX-format yang terdapat pada D3.
Fx-format vs DX-format
(sensor)
     Penggunaan processor pada D5100 adalah Expeed 2 menyamai dengan D7000. Jika sebelum ini kebanyakkan Nikon akan menggunakan processor Expeed sahaja. Features terbaru bagi D5100 adalah High Dynamic Range (HDR). Iaitu membolehkan satu kali tekan butang Shutter,ia akan menangkap dua gambar sekali gus. Satu gambar gelap dan satu lagi terang. Dan jika digabungkan maka satu gambar akan terhasil. HDR ini sesuai untuk digunakan pada keadaan yang gelap.

     Ok,D5100 amat menarik perhatian kerana mempunyai satu mode yang special iaitu Special Effect. Apa yang terdapat pada mode Special Effect ini ialah mempunyai 7-effect yang kita boleh pilih dan menggunakannya secara kreatif. Lepas ni mungkin anda tidak perlu menggunakan Photoshop untuk buat effect. Jadi D5100 pun boleh melakukannya. Antara effect-effect yang menarik ialah Selective color,Color sketch,Miniature effect dan Night vision. D5100 boleh merakam video sehingga bersaiz 1980 x 1090p dan 30/24/25fps. 
     Jadi setakat sini sajalah saya dapat menerangkan sedikit sebanyak mengenai Nikon D5100. Semoga ianya akan menjadi bahan rujukan untuk kita sama ada ia menepati citarasa kita sendiri. Anda boleh menonton video Nikon D5100 dibawah. Kita jumpa lagi pada entri yang akan datang. :) 
     

Tuesday, May 31, 2011

Ciri-ciri 1Ds & 5D akan datang? (Canon Rumors)

      
     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya akan memberitahu berita-berita mengenai DSLR pula sama ada akan keluar dipasaran atau belum keluar dipasaran. Jadi,mungkin disini ada peminat berjenama Canon? Nikon? Sony? Untuk entri hari ini,saya akan menyatakan tentang ciri-ciri 1Ds & 5D yang akan keluar mungkin tidak lama lagi seperti yang dinyatakan oleh Canon. Kemungkinan "ahli baru" dalam keluarga 1Ds & 5D akan dikeluarkan dalam tahun 2011. Mungkin ini satu petanda yang baik kerana sudah sekian lama juga 5D Mark II berkhidmat dalam dunia photography & videography. Ok kita mulakan dulu dengan 1D.

     Kemungkinan selepas ini Canon tidak akan mengeluarkan 1D tetapi akan meneruskan dengan keluaran 1Ds. Pada tahun ini 1Ds akan dikeluarkan dengan 3 lens. Tetapi masih belum diumumkan jenis-jenis lens tersebut. Mungkin Telephoto,Standard & Wide? Apa yang paling menarik sekali ialah Canon mahu mengeluarkan 1Ds dengan 37Mp - 40Mp dan ada juga mengatakan 28Mp saja..Sememangnya mengubah ciri asal 1Ds IV yang hanya 21.1Mp saja. Mengekalkan processor DIGIC tetapi dengan DIGIC V dan jenis Auto Focus yang terbaru. Kami belum tahu apa yang dimaksudkan dengan Auto Focus yang baru. Jadi betul ke kenyataan ini? Kita belum pasti tapi kita akan pasti bila diumumkan secara rasmi dengan pengeluaran 1Ds Mark V.
     Sebuah kamera yang dianggap lagenda adakah dilahirkan dengan penambahan yang lebih bagus daripada sebelumnya? 5D Mark dianggap sebagai lagenda kerana keberkesanannya dalam dunia photography dan kini "The Lagend Is Reborn" iaitu sebagai tema untuk 5D Mark II. Jadi bagaimana pula dengan 5D Mark III yang dikatakan bakal dikeluarkan pada tahun ini? Harapan untuk setiap peminat 5D ini mesti mahukan ciri-ciri yang lebih menarik dan juga mampu berkhidmat dengan hebat dalam bidang videography dan photography. Seperti kita juga tahu 5D Mark II digunakan oleh CST Production dan juga kamera yang digunakan untuk menghasilkan filem Dilarang Masuk. Kali ini ciri untuk 5D Mark III mungkin 32mp. Jika anda tidak tahu sebelum ini mp untuk 5D Mark II adalah 24mp. Ini amat menarik perhatian sekali bagi peminat 5D. ISO akan ditambah sehigga 100-25600 (L1, H1, H2, H3) dan juga menggunakan processor DIGIC V seperti 1Ds. 4.2fps dan 19point AF.

     Jadi sama ada kenyataan ini betul atau tidak kami tidak boleh pasti 100% kerana kemungkinan pihak Canon akan mengeluarkan lain daripada yang lain. Kami akan mengeluarkan entri seperti ini jika ada apa-apa perubahan kelak. Kami juga tidak akan mengeluarkan entri satu jenama tetapi dengan pelbagai seperti Nikon,Sony dan juga lain-lain. Mungkin jika ada rezeki kami akan mengeluarkan pula entri mengenai DSLR Nikon selepas ini. Insyaallah. :)

Psstt : 5D memang menjadi kamera idaman buat si photographer dan videographer. Seperti saya. :)

Kualiti Gambar ORI kurang? Perlu di'edit?

     Asslamaulaikum dan Salam Sejahtera. Untuk permulaan dalam posting ini,saya akan menerangkan kepada anda adakah perlu kita edit / lapik gambar ORI anda jika kualitinya kurang?
<span class="fullpost">
Mengikut pengalaman kami sendiri adalah perlu kerana setiap gambar akan mempunyai cacat-celanya. Apatah lagi pada gambar yang kualitinya rendah. Ini kerana jika anda perhatikan gambar2 anda tentu tidak menarik atau bermakna jika gambar tersebut ada cacatnya. Kami ingin mencontohkan kualiti gambar asal. Sila rujuk di bawah.
      Bagi anda mungkin tiada apa-apa makna. Tetapi jika mengikut kreativiti anda,anda tentu mahukan gambar yang tidak bermakna ingin berubah menjadi bermakna. Betulkan jika saya jika salah. Jika anda perhatikan bahagian belakang kasut itu terdapat NOISE iaitu bintik-bintik yang sering menjadi punca kenapa gambar itu menjadi cacat dan tidak bermakna langsung. Ok,sila rujuk gambar dibawah NOISE yang saya maksudkan.
      Anda nampak kawasan yang gelap tu? Anda nampak bintik-bintik kecil? Itulah yang dinamakan NOISE. NOISE juga bukan saja terdapat pada gambar tetapi terdapat juga pada video dan juga suara. Ok,jadi bagaimana nampak buat gambar itu menjadi sempurna dan bermakna buat anda? Jika melalui EDIT anda tentu terfikir macam mana yang satukan effect colour yang sesuai dengan gambar itu. Jika anda faham maksud saya ialah tak semua effect colour sesuai untuk semua gambar. Ada yang sesuai,ada yang tak. Jadi jika mengikut kehendak diri anda sendiri tentu ingin sesuatu yang sesuai untuk gambar tersebut. Seperti gambar yang saya sediakan ini saya telah mencari,mencuba pelbagai cara yang sesuai untuk edit gambar ini. Tetapi kebanyakkannya hampa dan gambar tersebut tidak ada makna untuk saya. Jadi saya telah mencuba effect Black & White iaitu sebagai tema gambar tersebut. Rujuk gambar dibawah.
      Bagi saya nampak menarik juga jika menggunakan Black & White ni. Tapi jika anda perhatikan masih kelihatan juga NOISE dikawasan tersebut. Jadi apa langkah yang mungkin anda lakukan? Jika saya,saya akan guna filter Dark Strokes. Kenapa? Sebab saya ingin menggelapkan lagi kawasan di kasut itu. Rujuk gambar dibawah.
     Apa pendapat anda? Berbezakan dari yang sebelumnya? NOISE tak ada. Warnanya yang semakin pekat. Bagi saya sendiri,jika gambar yang berhitam putih ni,lebih menarik jika dipekatkan lagi. Jika anda masih belum berpuas hati dengan gambar tersebut anda boleh menggunakan kreativiti anda seperti ingin meletakkan jenama kasut tersebut atau anda ingin meletakkan nama anda pada ruangan gambar. Nanti saya akan ajarkan cara yang sesuai untuk meletakkan tulisan diruangan gambar tersebut. Ingat,anda seharusnya mengambil masa untuk menambah sesuatu di dalam gambar dan bukannya secara ekspres. Untuk fasa yang terakhir ini saya meletakkan jenama PUMA di bahagian kiri bawah gambar tersebut dan ditambah dengan tulisan OLD SCHOOL. Bahagian kanan saya letakkan logo NIAKULAS PRODUCTION. Rujuk gambar di bawah.
     Jadi bagaimana? Anda sudah mempunyai ilham untuk menggunakan teknik seperti saya terangkan? Tidak mengapa jika anda tidak tahu kerana jika anda jika mencuba buat sesuatu pasti akan berjaya. Jadi mungkin setakat ini saja teknik-teknik saya ajar mengikut pengalaman dan citarasa saya sendiri. Mungkin cara ini anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda. Untuk pengetahuan anda,software yang saya gunakan untuk setiap gambar adalah 1.Adobe Lightroom & 2.Adobe Photoshop CS5. Jadi kita jumpa lagi di entri yang akan datang. Jika tidak keberatan sila like Fan Page yang kami sediakan. Anda boleh like di kotak sebelah kanan blog ini atau kunjungi NIAKULAS PRODUCTION di Facebook.
</span>


Pengenalan Niakulas Prod.Blog.

     Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami yang baru saja di"lahir"kan ini. Blog ini kami akan menyampaikan tentang dunia photography,videography,DSLR(yang sudah tentu menjadi trend masa kini) dan lain-lain lagi. Kerana kami bukan sahaja penggemar dalam bidang tersebut malah kami gemar berkongsi ilmu atau skill2 yang kami peroleh untuk dikongsi bersama anda semua.

     Kami masih berada ditahap yang lemah dan bukan lagi ditahap yang professional.Bagi kami setiap permulaan seseorang itu dalam bidang tersebut seperti photography tidak semestinya bermula dengan DSLR,anda juga boleh bermula dengan compact camera jika anda pandai menggunakan kreativiti pada compact camera anda. Jadi,tidak semestinya pengguna compact camera ini tidak mampu bersaing dengan dslr tetapi hakikatnya anda perlulah mempunyai kreativiti untuk memperoleh sesuatu gambar.

     Dalam blog ini bukan sahaja kita semua dapat belajar apa yang kami belajar atau dalam kata lain belajar bersama, salah silap kita tegur dengan cara yang betul. Kami tahu ramai penggemar dslr atau tidak ketinggalan handycam juga. Kami akan juga post review tentang dslr atau hanycam atau apa2 saja yang berkaitan dengannya agar menjadi panduan untuk kite semua agar suatu hari nanti anda akan tahu jenama apa yang bagus untuk anda.

     Andai kata kami silap kami mohon kepada anda semua agar tegur kami dengan cara yang elok. Semoga apa yang kita peroleh dalam blog ini menjadi satu manfaat untuk kita semua sebagai penggemar dalam dunia photography,videography,DSLR dan lain-lain lagi.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews