Sunday, October 9, 2011

Dunia kehilangan orang yang termahsyur dalam dunia IT.


     Siapa tak kenal Steve Jobs iaitu pengasas bagi syarikat yang bertaraf antarabangsa,Apple. Melalui kelebihan dari cara beliau berfikir untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mengikut peredaran zaman terhasilnya pelbagai barang yang amat di gilai ramai seperti iPad,iPhone,iMac,Macbook dan juga iPod. Tidak lupa juga hasil pembinaan OS(operating system) yang terbaru Mac OX Lion yang mendapat sambutan dari seluruh dunia. 
     Produk Apple yang termuda sekali ialah iPad. Adakah kita semua terfikir bahawa mungkinkah akan wujudnya produk seperti iPad yang di kenali sebagai tablet. Segalanya tidak mustahil bagi Steve Jobs. Beliau juga pernah berkata...
“I didn’t see it then, but it turned out that getting fired from Apple was the best thing that could have ever happened to me. The heaviness of being successful was replaced by the lightness of being a beginner again, less sure about everything. It freed me to enter one of the most creative periods of my life.” - Steve Jobs’ 
      Bagi yang sering mengikutu Keynote Apple,tentu anda akan berasa rindu kepada Steve Jobs kerana beliau sentiasa menghiburkan penonton dengan kata-katanya yang menark dan cara penyampaiannya. Tetapi,setelah beliau meletakkan jawatan sebagai CEO Apple Inc,jawatan tersebut di ganti oleh Tim Cook. Dan Keynote yang terakhir juga disampaikan oleh Tim Cook dan tiada lagi Steve Jobs semasa memperkenalkan produk iPhone yang terbaru,iPhone 4s. Iaitu produk terakhir bagi Steve Jobs. 
     Jadi,kehilangan Steve Jobs amat dirasai diseluruh dunia malah termasuk juga di Malaysia rata-rata adalah Apple Fan. Bill Gates juga turut meluahkan rasa sedih terhadap kematian kawan baiknya benar-benar mengubah dunia. Walau bagaimanapun,segala produk dan idea Steve Jobs kini menjadi ikutan banyak syarikat di dunia.    
Promo video iPhone 4s


























     

Friday, August 5, 2011

Spesifikasi A77,A65,NEX-7,NEX-5N,VG-20 {Sony Alpha Rumors}

A77
24,3 MP Exmor HD CMOS sensor
19 mata sensor AF dengan 11 sensor rentas
ISO 100-16000, dengan pilihan ISO expandeable 50
1920 x 1080 60p/24p AVCHD 2.0
P / A / S / M pengguna kawalan manakala rakaman video
1200 zon pemeteran
Bionz Processor yang terbaru
12 fps
1 / 8000 shutter laju
TrueBlack 921k 3-hala tilt LCD
3 juta dot OLED pemidang tilik
Teleconverter fungsi Smart dengan 1.4x dan 2.0x pilihan
Dibina dalam flash
Built-in GPS
Hayat bateri dengan lebih lebih 500 shoots.
Magnesium alloy body
Dust and Moisture proof
Multi Frame NR
Kad SD (tiada CF!)


A65 (perbezaan dengan A77)
 A77 mempunyai 19 titik AF sistem dengan 11 sensor rentas manakala A65 mempunyai hanya 3 sensor rentas.
A77 boleh melakukan 12 fps manakala A65 boleh lakukan 10fps.
A77 telah baru 3 cara menyengetkan LCD, A65 mempunyai "klasik" ​​LCD menyengetkan
A77 boleh lakukan 50 ISO manakala A65 tidak boleh.
A77 mempunyai badan magnesium manakala A65 tidak mempunyai.
A77 telah shutter 1 / 8000 manakala A65 mempunyai shutter 1 / 4000
A77 mempunyai skrin LCD atas manakala A65 telah tidak.
A77 adalah bukti Debu dan Lembapan manakala A65 tidak
 

NEX-7
24,3 Exmor HD sensor
100-16,000 ISO
1200 zon pemeteran
1920 × 1080 60p/60i/24p AVCHD 2.0 (28Mbit / s) rakaman video
3 juta dot XGA OLED pemidang tilik(viewfinder)
3inch 921k TruBlack paparan LCD (touchscreen)
10 fps
20ms masa permulaan(startup)
Dibina dalam flash
Hayat bateri untuk lebih 400 shoot gambar
Magnesium alloy body

NEX-5N
16,1 MP sensor Exmor (Sama Sony NEX-C3)
ISO 100-25600
1920 × 1080 60p/60i/24p AVCHD 2.0 rakaman video
Shutter 1 / 4000
10 fps
Boleh mengambil alih 430 shoot dengan satu bateri
AF kelajuan yang sama sebagai yang GH2



VG-20
16 MPX sensor Exmor
1920 × 1080 60p/60i/24p AVCHD 2.0 rakaman video
Boleh merakam imej pegun dalam RAW
3 inci touchscreen (swifel)
tahap kawalan audio
Ir AVR jauh

Captain America: The First Avenger - Hasil rakaman Aksi menggunakan Canon EOS 5D Mark II

     
     

      LAKE SUCCESS, N.Y.Ogos 2011 – .Siapa tahu filem yang bakal menarik minat di seluruh dunia terutamanya peminat komik Marvel hanya merakam aksi-aksi menggunakan kamera Canon EOS 5D Mark II. Ini kerana dengan berbekalkan 5D Mark II ini,kos perbelanjaan untuk menghasilkan filem sangat rendah dan hanya dirakam pada babak-babak yang tertentu sahaja. Tetapi kualiti dari segi filem yang di rakam oleh 5D Mark II tinggi. Canon U.S.A mengumumkan bahawa filem yang hebat dan bertaraf antarabangsa akan menggunakan Canon EOS 5D Mark II untuk merakam filem tersebut. 5D Mark II digunakan untuk shoot motion sequence bersamaan footage film , 35mm.

     Lebih kompak dan lebih ringan berbanding tradisional motion-picture cameras. 5D Mark II menawarkan kelebihan yang kreatif pada penggunaan EF Lenses, pengguna boleh memilih frame-rate seperti 24p(23.976fps) bersamaan dengan standard untuk cinematography,resolusi 24mp oleh Canon CMOS Sensor dan Full HD 1980 x 1080. Menurut Jonathan Taylor,second unit director/director of photography "Captain America: The First Avenger" berkata,"features yang terdapat pada 5D Mark II adalah pilihan yang terbaik untuk merakam dramatic POV(Point-Of-View)".

     "Cabaran yang terdapat pada action photography perlu memilih jenis camera yang tepat.",kata Taylor."Saya sentiasa mencari dan memilih kamera yang sesuai untuk merakam sampai ke tahap yang tinggi untuk merakam aksi yang lebih menarik. Kebanyakkan 35mm motion-picture camera terlalu besar untuk merakam pada sudut yang menarik".

     Aksi-aksi yang dirakam dalam filem tersebut menggunakan 5D Mark II adalah seperti car chase and crash,high speed motorcycle pursuits. Saiz kamera tersebut dikatakan "invisible" untuk setiap rakaman gambar pada babak yang sama tapi jarak yang berbeza.

     Sebelum itu,filem "Iron Man 2" juga merakam aksi menggunakan 5D Mark II dan juga EF Lenses.

Tuesday, August 2, 2011

Nikon News(Malay Version) : AF-S DX Micro NIKKOR 40mm f/2.8G

     Tokyo - Nikon Corporation mengumumkan pelancaran lens AF-S DX Micro NIKKOR 40mm f/2.8G. Sebuah lens yang di bina khas untuk SLR-Camera berjenama Nikon yang menggunakan sensor DX-Format seperti D300s,D7000,D90,D5100,D5000,D3100 dan D3000.

     Sebuah lens micro yang normal membolehkan shoot gambar secara close-up sehingga 0.163 m untuk menghasilkan blur disekeliling subjek.Ianya lens yang ringan dan kompak untuk harga yang berpatutan untuk mereka yang ingin memiliki SLR dan mencari lens yang seperti ini. Terbina dengan Silent Wave Motor(SWM) iaitu dapat menghasilkan autofocus yang senyap membolehkan shoot gambar secara close-up tanpa menggangu haiwan atau serangga tersebut. AF-S DX Micro NIKKOR 40mm f/2.8G juga mempunyai M/A(autofocus dengan manual override) dan Manual.

     Nikon banyak di sokong oleh pelbagai pihak sama ada Professional Photographer atau Amateur Photographer yang memilih Nikon sebagai jenama untuk sebuah SLR dan Lens yang berkhidmat dengan jayanya. Nikon bercadang untuk meneruskan keluaran lens Nikkor dengan pelbagai kelebihan.


AF-S DX Micro NIKKOR 40mm f/2.8G Primary Specifications

Focal length 40mm
Maximum aperture f/2.8
Minimum aperture f/22
Lens construction 9 elements in 7 groups
Angle of view 38°50'
Minimum focus distance 0.163 m*(1:1)
  • *from focal plane
Maximum reproduction ratio 1x
No. of diaphragm blades 7(rounded)
Filter attachment size 52 mm
Dimensions Approximately 68.5 mm diameter x 64.5 mm (distance from camera lens mount flange)
Weight Approximately 235 g
Supplied accessories 52 mm snap-on Front Lens Cap LC-52, Rear Lens Cap LF-4, Bayonet Hood HB-61, Flexible Lens Pouch CL-0915

UPADTE : Berita tentang camera atau lens kami akan update setiap bulan bila ada berita yang terbaru. Jadi,jika bulan ini hanya 3 berita mengenai camera atau lens dari Nikon sebagai contoh,kami akan update yang itu saja.

Sunday, July 31, 2011

Beginner : Kenali jenis "Blur".

     Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekali lagi kita bertemu pada hari ini dengan entri tutorial untuk sesi pembelajaran korang sendiri yang mahu menceburi dalam bidang photography. Baiklah,semalam saya post entri mengenai rumors Canon 5D Mark III. Bagi yang belum membacanya,sila klik sini. Jadi,apa yang kita akan belajar pada hari ini? Hari ini saya akan ajar korang tentang "Blur" pada gambar. Betul atau tidak,ada masanya gambar yang korang tangkap akan jadi blur bukan?  Sebab apa? Korang ingat balik apa yang korang buat pada masa tu. Baiklah,terdapat 4 jenis Blur yang korang perlu tahu :

          1.Subject Blur
          2.Motion Blur
          3.Short Focus Blur
          4.Hand-shake Blur


Subject Blur
     Kita kenal dulu dengan jenis Blur yang pertama iaitu Subject Blur. Kenapa Subject Blur ni terjadi? Ini kerana,korang tersilap focus terhadap sesuatu subject itu. Maksudnya,korang focus pada bahagian background dan subject akan menjadi Blur jika anda perhatikan elok2. Jadi,korang kena berhati-hati kalau nak tangkap gambar tu.

Motion Blur
     Ok,Motion Blur ialah keadaan yang blur terhadap sesuatu yang bergerak. Jadi,blur yang macam ini sudah tentu korang nampak dengan jelas. Hal ini berlaku apabila korang sendiri yang tidak mementingkan Shutter Speed. Baiklah,saya akan beritahu apa yang perlu dilakukan untuk elak daripada dapat Motion Blur.First korang pilih Aperture dekat dial korang tu. Pilih saiz aperture yang paling kecil. Agak2 jela,jangan yang terkecil terus. Second,pilih Shutter Speed pula dan setkan pada 1/100 sec atau lebih. Ikut kesesuaian.

  Short Focus Blur
     Blur jenis ini korang perlu tahu hanya lens tertentu saja boleh focus subject itu pada jarak yang dekat. Ada lens untuk jarak jauh dan ada untuk jarak dekat. Jadi,kamera itu sendiri tidak tangkap gambar jika subject yang terlalu dekat itu kabur. Korang perlu tahu,nak focus jarak dekat kena ada lens mirco.

  Handshake Blur
     Handshake Blur berlaku apabila korang tidak berdiri dengan betul. Nak tangkap gambar bukannya berdiri tegak. Paling bagus gunalah tripod. Yang ringan sudahlah atau pun tripod kaki 1 tu. Kalau malas sangat bawak tripod,guna apa saja benda yang terdapat di sekeliling korang tu yang stabil. Jadi,tak adalah Handshake blur. Handshake Blur ada 3 sebab kenapa ianya terjadi. 1,shoot gambar dalam low light tanpa flash. 2,indoor shoot. 3,guna zoom yang paling jauh.

     Jadi,korang semua sudah tahukan apa jenis2 blur ni? Semoga korang semua dapat memperbaiki gambar korang tu. Pastikan tiada blur dalam gambar supaya gambar nampak lebih berkualiti. Kita jumpa lagi di entri yang akan datang. :D Lepas ni kita akan kenali pula dengan "Distortion","Discoloration" dan "Pixalation". 


Saturday, July 30, 2011

Keputusan belum di buat untuk penghasilan 5D Mark III. {Canon Rumors}

     Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Ya Allah,lama betul saya tak update blog ni kan? Tapi tak apa,bukan saya tak update langsungkan? Ok,tanpa membuang masa kita akan terus ke tajuk asal entri ni.

     Syarikat Canon masih belum lagi bersedia untuk melancarkan model yang di nanti-nantikan oleh penggemar dan peminat setia model 5D kerana Canon perlu membuat 2 lagi keputusan untuk upgrade'kan lagi model tersebut iaitu 5D Mark III. Kemudia,barulah mereka akan melancarkannya. Insyaallah.

    1.Menghasilkan 5D sebuah camera yang mempunyai ciri-ciri paling baik seperti record video dalam line-up model tersebut.
    2.Sebuah camera antara 5D Mark III dan 1D.(kurang pasti apa yang dimaksudkan)

     Jadi,saya tidak boleh mengatakan ianya 100% betul sebab nama pun Rumors kan? Hee~ By the way,bagaimana dengan sesi photography / videography korang? Ok? :) Saya pun dah lama tak shooting gambar ni. Baiklah,kita jumpa lagi di entri yang akan datang. :) Video dibawah ni korang mesti kena tengok sebab apa? Korang nampak lampu yang dekat belakang tu? Tu la flash dari camera Canon 60D sebanyak 250. Kreatif nak mampuskan diorang ni? LOL!

Friday, July 1, 2011

Kami dan Niakulas Prod {1}

    
     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua kerana sudah terlalu lama tidak update blog ini. :) Ampun ya? Ini disebabkan saya tersangat sibuk dengan pelbagai kerja sekolah,motivasi,folio dan banyak lagi. Biasalah,kata tahun terakhir persekolahan(Form 5),memang sibuk macam-macamlah kan? Eheh~ Korang semua sihat tak? Macam mana aktiviti photography atau videography korang sekarang ni? Best? Maju? Baiklah,entri kali ni saya nak berceritakan tentang krew-krew Niakulas Production dan juga Nikon D90 yang telah berkhidmat untuk menjadikan kamera photography. Ianya dimiliki oleh seorang krew kami dan dia juga ialah seorang model Niakulas Production. Tetapi,kami semua masih ditahap yang rendah walaupun kami menceburi bidang ini pada usia persekolahan menengah. 

    
     Pada hari sukan disekolah kami,seorang krew kami telah menjadi photographer untuk Hari Sukan dan ini ialah permulaan untuk Niakulas Production untuk maju lebih pada tahun hadapan dengan pelbagai perancangan yang kami akan buat. Apa yang kami ingin lakukan pada tahun hadapan akan mengubah segalanya mengenai identiti Niakulas Production. Kami bukan menunjuk tetapi inilah yang bakal kami lakukan pada usia yang muda untuk menceburi bidang ini dengan lebih serius daripada kami membuat aktiviti tidak berfaedah selepas sesi persekolahan. Untuk ini,kami ingin berusaha untuk menjadikan Niakulas Production sebuah produksi yang menyediakan khidmat photography dan videography secara professional kelak. Mungkin ianya akan berlaku 10tahun lagi? Siapa tahu? Selagi ada usaha selagi itu ada kejayaan. Betulkan? Eheh~ :)


     Untuk menceburi bidang ini dengan lebih mendalam,buat permulaan kami akan menggunakan kamera milik salah seorang krew seperti yang saya beritahu tadi untuk meneruskan identiti kami. Dan kami juga akan menggunakan kamera compact digital jika kami berjalan-jalan dan secara tak sengaja telah merakam gambar yang terlalu indah untuk dilihat. Bagi kami di Niakulas Production,ceburi bidang photography atau videography ini tidak semestinya menggunakan Pro Camera. Jadi kami ingin menggalakkan korang yang tidak ada DSLR yang kini menjadi trend sekarang untuk dimiliki tidak ditindas walaupun korang ingin menceburi bidang photography. Ini hanya pendapat kami dan bukan pendapat orang lain. :) 



     Menjadi seorang photographer atau videographer bagi kami amat susah untuk diceburi jika ilmu tidak mencukupi. Tapi apa yang kami belajar bukannya daripada kelas-kelas yang kami ambil atau mana-mana bengkel. Kami hanya belajar dimana ia dinamakan Internet. Hehehe~ Uitt,jangan ingat Internet ni tak ada kelas-kelas nak belajar photography ini. Kalau macam tu tak gunalah wujudnya Youtube bukan? Hehe~ Untuk pengetahuan anda,rujukan bagi kami untuk diupdate selalunya kami akan rujuk melalui website-website seperti Canon,Nikon,Sony atau website Rumors atau apa saja website yang kami dapat. Semuanya dalam bahasa inggeris jadi kami akan cuba translatekan apa yang mereka sampaikan dan kami akan sampaikan kepada korang melalui meng'update blog ini. 

     Apa yang kami nampak sekarang ini adalah Nikon sememangnya laku kan untuk anak muda zaman sekarang(mcmlh aq ni da tue sgt :P) untuk menceburi bidang photography. Dan ini kami akui kerana Nikon juga sediakan DSLR yang murah untuk dimiliki dan juga boleh dikatakan mempunyai tahap Pro Camera. Walaubagaimana pun Canon juga laku tetapi ianya kurang kita nampak bagi anak muda dan jika mereka guna Canon mungkin mereka ialah seorang Professional Photographer. Ternyata Canon dan Nikon bersaing untuk menarik perhatian terhadap mereka yang OH TERGILAKAN DSLR. :) Hehe~

     Blog kami mungkin kelihatan kuno tapi bagi ia tidak mengapa kerana blog kami ini adalah permulaan. Bagaimana kita nak mulakan sesuatu jika tiada permulaan kan? :D Insyaallah jika kami dimurahkan rezeki kami akan menaik tarafkan blog ini untuk menjadikan ianya menarik untuk korang semua. Oh sebelum terlupa untuk korang yang baru mengenali kami,disini kami akan memberitahu korang mengenai tip-tip,DSLR,ura-ura,lens dan apa saja yang ada kena mengena dengan DSLR. Kami berharap agar korang akan sentiasa sokong dan memberikan kami semangat untuk menjadikan Niakulas Production sebagai sebuah industri photographer dan videographer yang professional pada suatu hari nanti. Disini sajalah entri untuk kali ini semoga pada hari yang akan datang kami akan sediakan entri untuk korang. Insyaallah,lepas ni saya akan update stiap minggu jika tiada apa-apa halangan. :) 





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews