Friday, November 11, 2011

5 Tips untuk Gambar Portrait Kanak-Kanak


     Menangkap gambar dikalangan ahli keluarga semamangnya anat menyeronokkan malah jika adanya anak-anak kecil sudah tentu mereka akan jadi perhatian untuk setiap kamera. Adakalanya gambar anak-anak kecil ini lah yang akan dijadikan kenangan di setiap sudut rumah untuk di’frame’kan supaya apabila mereka sudah besar mereka akan melihat gambar itu ketika mereka kecil lagi. Apa yang menarik sekali ialah jika anda mahir menangkap gambar potrait kanak-kanak mesti anda akan kata “Wahh,comelnya dia” atau sewaktu dengannya tambahan pula apabila gambar itu mempunyai kesan yang menarik.

1.Berinteraksi dengan kanak-kanak
Cara berinteraksi dengan kanak-kanak adakalanya mudah dan susah terutama apabila mereka terlalu aktif di kawasan luar rumah. Berlari sana-sini sehinggakan anda terpaksa mengejar mereka. Pertolongan daripada ibu bapa mereka perlulah diambil kira dan jika anak-anak mereka gembira dan tersenyum apabila anda menangkap gambar dia sudah tentu ibu bapa mereka akan berasa gembira sekali.

2.Tidak perlu posing
Kanak-kanak tidak akan berposing secara semula jadi atau tanpa diajar dan ianya adalah waktu yang menarik dimana mereka akan menonjolkan cara mereka berposing secara tidak sengaja apabila anda sudah menangkap gambarnya.

3.Ikut
Kanak-kanak yang sudah mula pandai berjalan atau berlari takkan duduk diam di suatu tempat. Perkara ini anda perlulah mengikut kemana saja arah yang mereka pergi dan anda tidak perlu mengacau apa yang mereka sedang lakukan kerana apa yang mereka sedang lakukan itu ialah tanda mereka sedang bergembira.

4.Guna shutter dengan sebaik mungkin
Maksudnya ialah anda tidak perlu takut untuk menangkap gambar dengan sedikit terutama apabila yang masih bayi. 1 gambar saja tidak akan memberi sebarang kepuasan kepada ibu bapa atau kepada anda yang menangkap gambar bayi atau kanak-kanak tersebut.

5.Bersiap sedia
Anda perlu bersiap sedia dengan apa saja senario yang bakal dilakukan oleh kanak-kanak atau bayi tersebut. Sama ada mereka menangis,berlari,melompat,gelak dan lain-lain lagi.


Friday, November 4, 2011

Konsep DSLR untuk Industri Sinematografi di perkenalkan | Canon

     Hari ini Canon Inc. telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut sedang menghasilkan satu kamera yang bersesuaian dengan industri sinematografi dengan menggunakan konsep terbaru EOS DSLR. Kamera yang terbaru ini berkebolehan untuk merakam video dengan berkeupayaan yang tinggi dalam barisan EOS. Kamera ini mempunyai 35mm full-frame CMOS sensor dan juga berkebolehan merakam 24p dengan motion JPEG. Ini membolehkan rakaman gambar berkualiti yang luar biasa dan boleh di terima oleh generasi yang seterusnya di industri  sinematografi.
    Pengumuman serentak dengan pelancaran Sistem EOS Cinema, menandakan kemasukan sepenuhnya Canon ke dalam industri pengeluaran digital resolusi tinggi.  Sinematografi sistem digital profesional yang baru menjangkau kanta, pawagam kameradigital dan digital SLR kamera kategori produk.
     Maklumat lanjut mengenai SLR kamera digital EOS baru yang sedang dalam pembangunan, termasuk nama produk, spesifikasi dan tarikh pelancaran yang dijadualkan, masih belum diputuskan.

Thursday, November 3, 2011

iPhone 4S | Kamera (Review)

     Siapa tak kenal dengan jenama Apple. Iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang menghasilkan pelbagai gadjet seperti iPod,iPad,iPhone,dan Mac yang kini mendapat sambutan di seluruh dunia. Malah ianya menyebabkan Apple Inc. berusaha untuk menghasilkan lebih banyak produk untuk memuaskan pengguna di seluruh dunia. Kita telah lihat pelbagai perkembangan yang Apple hasilkan dan yang paling terbaru sekali ialah iPhone 4S.
      Siapa yang jadi Fanboy Apple mesti takkan rasa cukup jika tidak memiliki iPhone. Dan ini telah terbukti bahawa iPhone bukan sahaja sebuah telefon bimbit yang biasa tetapi dikategorikan sebagai Smartphone. Perkembangan iPhone semakin menuju kepada kemajuan dan kini dengan adanya iPhone 4S,Apple Inc. menekankan kepada spesifikasi yang lebih mantap dari iPhone 4. Apa yang menarik sekali ialah pengubahsuaian kamera pada iPhone 4S. Dengan peningkatan kamera sehingga 8megapixel telah memberikan kepuasan yang berlebihan dari pengguna iPhone 4 yang kamera bersaiz 5megapixel. Dengan 8megapixel kamera yang penghasilan optik yang baru,iPhone 4S dikatakan kamera yang terbaik pada telefon bimbit dan ia juga mungkin adalah kamera yang anda perlukan untuk menangkap gambar yang menarik. 
      Bagi yang pakar dalam bidang fotografi mesti bahawa untuk menghasilkan gambar yang menarik dan mempunyai taraf fotografi ia bukanlah disebabkan saiz megapixel sahaja tapi ia juga berkaitan dengan cahaya. Apple Inc. telah menghasilkan optik yang baru untuk iPhone 4S supaya cahaya yang memasuki melalui lensa iPhone 4S membentuk satu gambar yang lebih tajam daripada biasa atau dalam kata lain kabur. Penghasilan optik f/2.4 aperture Apabila cahaya yang masuk semakin banyak maka gambar tersebut akan nampak lebih cantik dan juga terdapat hybrid infrared filter.
      iPhone 4S juga mampu menangkap gambar pada cahaya yang rendah dan akan hasilkan gambar yang mempunyai cahaya yang cukup untuk menjelaskan gambar tersebut. Jika menangkap gambar yang cahaya yang tinggi dan akan dihasilkan gambar yang kurang cahaya. Ini disebabkan pembinaan backside illumination sensor yang terbina dalam iPhone 4S.
      Apple Inc. juga telah membina cip pemprosesan yang terbaru iaitu A5 yang mampu tap focus atau pun mengawal exposure. Cip A5 juga dibina untuk kelajuan kamera pada iPhone 4S supaya dapat menangkap setiap gambar tanpa tertinggal. Ianya juga terdapat advanced algorithms dalam iOS 5 untuk white balance & dynamic range yang lebih stabil. Face detection juga terdapat dalam iPhone 4S seperti mana terdapat dalam mana-mana kamera.
      Apa yang paling menarik sekali ialah iPhone 4S berkebolehan untuk merakam setiap detik dengan rakaman berkualiti 1080p/30fps. Dalam kata ianya adalah rakaman FULL HD dan juga terbina stabilizer yang membolehkan anda merakam tanpa sebarang getaran. Jadi iPhone 4 yang dahulunya spesifikasi yang tidak seberapa diminati pada hari ini kerana telah muncul pula iPhone 4S dengan peningkatan spesifikasi yang lebih canggih. Ini dapat membuktikan bahawa teknologi sudah semakin maju dan mungkin penggunaan kamera digital akan lupus terus dan manusia akan mula menggunakan telefon bimbit untuk menangkap atau merakam gambar yang kualitinya terlalu tinggi dan mungkin akan menyamai taraf DSLR pada suatu hari nanti. Dan di NP teringin sangat untuk membuat satu hands-on review tentang kamera. Mungkin jika ada rezeki NP akan buat hands-on review.Jadi tinggalkan komen anda di ruangan bawah atau like di fan page NP. :)

Saturday, October 15, 2011

DSLR terbaik untuk Beginner.

     Mungkin ramai yang kini sudah menggemari dunia Photography yang kian berkembang. Dan ada sesetengah daripada mereka yang masih baru di dunia Photography tercari-cari DSLR yang manakah sesuai untuk permulaan mereka.
     Jadi,tidak dapat dinafikan syarikat besar seperti Canon,Nikon,Sony,Lumix,Pentax menghasilkan kamera yang mampu dimiliki oleh mereka yang mahu berjinak dalam photography ini. Banyak perkara yang perlu diambil tahu bagi permulaan mereka yang mahu memilih seperti HARGA,FEATURES dan lain-lain lagi. Adakah ianya sesuai untuk korang? Your choice. Arrul hanya beri pandangan untuk korang yang mahu bergiat aktif secara beginner dahulu.Bila seorang bayi yang baru lahir sudah semesti bila dia semakin membesar dia akan belajar satu per satu. Tak logiklah kan kalau bayi baru lahir terus berjalan? Mustahil. Well,itu pandangan Arrul kalau nak jadi photographer.

HARGA
     Kita mulakan dengan pencarian harga yang berpatutan untuk korang. Harga antara RM2000-RM3000 adalah antara harga yang paling minimum untuk DSLR yang korang hendak. Korang fikir elok2,beli kamera sampai RM5000-RM10,000 tapi asas masih tidak tahu,tidak tahu teknik-teknik yang betul dan fungsinya. Arrul ambil contoh seperti Canon 1100D dan Nikon D3100. Harga berpatutan untuk beginner dan features yang amat menarik sekali.

FEATURES
      Features juga memainkan peranan untuk mereka yang mahu menjadi seorang yang kreatif dalam photography. Sebagai contoh,DSLR juga mempunyai rakaman video dan ini sesuai untuk mereka yang mahu menjadi videographer. Kualiti video dari 720p(HD) hingga 1080p(Full HD) amat berbaloi untuk mereka yang gemar merakam. Untuk yang gemar video Arrul syor kan Canon 600D.
  
BERAT & SAIZ
       Berat juga amat memainkan peranan kerana bagi mereka yang baru bermula dalam photography mesti berasa leceh bila guna DSLR yang berat-berat ni lalu menyusahkan dan meletihkan tangan dan tengkuk bila gantung kamera tersebut. Canon 1100D,Olympus E-620 dan Nikon D3100 masing-masing beratnya 459gram,475gram dan 505gram. Berkenaan saiz,korang kena tahu sama ada sesuai atau tidak bila di pegang.




BATERI
       Kebanyakkan bateri DSLR akan menggunakan rechargeable bateri Lithium-ion tapi untuk bateri AA hanya sesetengah guna seperti Pentax. Korang boleh guna Grip Bateri untuk membolehkan korang shoot gambar tanpa menghiraukan bateri "kong".


INTERCHANGEABLE LENS & JENIS LENS
        DSLR adalah kamera yang mampu menukar lens pelbagai saiz. Ini mungkin mengubah citarasa korang yang ingin kualiti gambar yang lebih 'kaw' punya. Nikon,Canon,Sony,Carl Zeiss,Tamron antara jenama lens yang berkualiti dan tip-top. Bagi yang sememangnya serius dan ada skill asas dalam photography,mempunyai 2 jenis lens perlu ada. Lens terbahagi kepada Macro,Telephoto,Wide-Angle,Fish-Eye,Tilt-Shift dan Standard Zoom. DSLR akan dijual dengan lens sekali tapi hanya Standard Zoom dan ada juga menjual badan DSLR saja. Sila klik jenama di bawah untuk lihat jenis-jenis lens yang biasa di dengar :
Canon
Nikon
Sony
Carl Zeiss
Tamron

AKSESORI
      Aksesori yang biasa kita dapat seperti Beg dan juga Strap dan Speedlite Flash yang biasa kita akan beli. Maksud Arrul disini ialah penambahan yang takkan merugikan korang kalau membelinya seperti Filter Lens. Filter ni dijual berasingan dan ianya berharga dalam lingkungan RM150 - RM560. Filter ada pelbagai jenis dan juga ada kegunaannya. Sebagai contoh,jika suasana yang korang hendak tangkap gambar terlalu terang,korang hanya perlukan Filter untuk menapis jumlah cahaya yang masuk kedalam DSLR tersebut jadi resultnya amat memuaskan hati  korang.

     Jadi ini sajalah yang Arrul dapat beritahu korang hasil dari research Arrul untuk korang yang mahu menjadi seorang photographer secara berperingkat Beginner hingga ke Professional. Secara keseluruhannya DSLR yang akan Arrul syorkan untuk korang yang masih beginner ialah Nikon D3100. Harga yang murah,features yang menarik dan masih fresh di pasaran.

Tuesday, October 11, 2011

Persepsi ku dalam Photography.

     Sedar atau tidak sekarang ini kegunaan DSLR semakin meningkat di Malaysia? Dan ia juga adalah sebagai trend masa kini untuk memiliki gambar-gambar yang menarik untuk di upload ke dalam Facebook.  Ramai golongan remaja ingin memiliki DSLR dan sebahagiannya telah menjadikan mereka seorang photographer indie. Jika di lihat di dalam Facebook,sebagai contoh mereka yang baru saja mula memegang DSLR akan menangkap gambar yang bersamaan dengan beginner. Tanpa sebarang skill yang betul dan kemudian setelah mendapat komen dan galakkan daripada rakan-rakan dalam Facebook dia mula menjadi gigih untuk perbetulkan skill nya dan dalam pada masa yang sama dia menjadi seorang photographer indie. Arrul melabelkan budak-budak yang betul-betul minat dalam photography ni sebagai seorang photographer indiependent selagi mereka tidak terikat dengan mana-mana syarikat dan mereka hanyalah bersendirian.


     Photography bagi Arrul ialah perkara yang menyeronokkan dan paling penting bila dah berduit comfirm duit banyak habis dekat kamera. Heh~ Lens sudah tentu. Bagi yang minat dalam video pula mesti barang seperti Flycam atau Stabilizer wajib beli untuk menampakkan rakaman yang dibuat nampak smooth.

     Masuk pula topik jenama yang kebanyakkan remaja pilih. Ok,dari pandangan Arrul sendiri kebanyakkan mereka akan memilih Nikon. Antara sebabnya selepas Arrul buat kajian,1.Ikut orang. 2.Orang kate Nikon terbaik. 3.Dah mak/ayah belikan. dan lain-lain sebab. Bagi Arrul tak salah nak beli apa saja jenama kamera yang mereka suka Nikon ke Canon ke Sony ke Olympus ke Pentax ke asalkan dapat memuaskan hati kepada pengguna. Bagi Arrul untuk yang betul-betul minat dan ingin belajar tentang photography ini buat lah sedikit review tentang DSLR ni. Apa guna ada website Canon,Nikon,Sony dan lain-lain.

     Pernah kawan Arrul cerita dekat Arrul,kawan Arrul ni dengan ayah dia kunjung ke satu kedai kamera ni dan mereka tengok DSLR jenama Nikon. Tauke kedai tu kata DSLR Nikon tidak boleh tukar lens dalam kata lain "interchangeable lens". Dari sini kita boleh lihat betapa kurangnya ilmu tauke tersebut dan korang yang nak beli DSLR tu pastikan korang dah mahir dengan selok-belok DSLR ni.  Korang jangan lupa mana-mana sahaja jenis kamera di nama DSLR sudah mesti boleh bertukar lens kecuali tukar lens kepada jenama lain. Maksud Arrul,body Nikon dan lens Canon. Boleh buat macam tu tetapi mesti ada adapter lens.

   Bagaimana pula dengan Arrul? Jenama apa yang Arrul suka? Kenapa? Arrul lebih suka jenama Sony. Sebabnya ramai sangat photographer professional menggunakan Nikon dan Canon. Jadi Arrul nak mencuba jenama yang tak ramai photographer professional guna. Sony yang Arrul maksudkan ialah Sony Alpa A77 iaitu kamera yang terbaru keluaran Sony. Dan dari semasa ke semasa mesti setiap jenama akan keluar kamera yang semakin gempak. Saiz megapixel besar dan banyak lagi features nya. Walau bagaimanapun,cita rasa masing2 bukan?

     Dalam photography juga memainkan pelbagai peranan seperti edit. Adakalanya gambar-gambar yang kurang menarik akan menarik bila di'edit dan itulah yang Arrul lakukan dalam banyak-banyak gambar yang Arrul ada. Teknik-teknik juga perlu seperti Portrait,Landskap,HDR,Sukan dan macam lagi. Dan photography juga ada jenisnya Travel,Art dan Journal. Ada yang lain tak? Setakat ni yang Arrul tahu yang tu jela.

     Arrul rasa cukuplah untuk setakat ni. Kalau nak cerita yang negatif-negatif ni banyak pula kan? Tak baiklah nanti bila pembaca membaca tentang negatif ni. Terima kasih kerana sudi baca entri Arrul dan mungkin pada masa yang akan datang Arrul akan buat persepsi yang ke-2,insyaallah. :)

Monday, October 10, 2011

EOS 7D adalah DSLR yang terbaik untuk professional.

     Rata-rata DSLR yang dikategorikan sebagai kamera yang terbaik untuk golongan professional ialah Canon 7D. Mengapa? Di sini saya tidak perlu menerangkannya dengan lebih detail kerana saya akan beritahu perkara-perkara yang penting sahaja mengenai 7D ini. Canon 7D adalah antara kamera yang terbaik selepas saudaranya iaitu 5D Mark II. Mempunyai 18mega-pixel,dual Digic processor,Full HD rakaman video dan banyak lagi kelebihannya. Maklumat lanjut klik sini.
     Apakah KEBAIKKAN tentang kamera ini? Antaranya ialah cepat dari segi pemprosesan gambar,on kamera dan lain lagi. Kualiti gambar yang terbaik. Autofocus yang fleksible. Saiz yang besar. Viewfindernya yang terang.Wireless flash control.
     Kamera ini adalah kamera yang terbaik dari segi kualiti dan juga amat berbaloi untuk mengeluarkan duit untuk beli kamera 7D ini. Ternyata Canon telah menghasilkan kamera yang bagus dan berbaloi untuk yang masih diperingkat antara beginner dan professional. Jadi,bagi yang ingin melanjutkan skill-skill fotografi atau videografi boleh beli kamera yang seperti ini.
      Rakaman video bersaiz Full HD iaitu 1980x1080 atau 1080p amat menarik juga dan boleh merakam sama standard dengan movie film iaitu 24p atau 25p. Bagi yang meminati video,sudah tentu anda boleh beli kamera ini dengan tujuan untuk mendapat warna da kualiti yang cantik. Sama juga bagi yang meminati fotografi iaitu saiz megapixel yang besar tentu anda sudah merasakan puas hati.
      Overview,kamera ini mempunyai 18mp,8.0fps,ISO 6400,19 AF-Point,100% Viewfinder,Full HD Video,Dual-Digic 4,0.1sec startup. Secara kesuluruhan,saya mengganggap 7D ini adalah antara kamera yang patut dimiliki bagi yang betul-betul serius menceburi bidang yang menggunakan DSLR. Harga yang berpatutan antara RM5,099(body),RM6,099(EF-S 15-135IS),RM7,099(EF-S 15-85IS). Kita tunggu dengan entri tentang DSLR Yang Terbaik Untuk Beginner.

Iklan EOS 7D



Sunday, October 9, 2011

Dunia kehilangan orang yang termahsyur dalam dunia IT.


     Siapa tak kenal Steve Jobs iaitu pengasas bagi syarikat yang bertaraf antarabangsa,Apple. Melalui kelebihan dari cara beliau berfikir untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mengikut peredaran zaman terhasilnya pelbagai barang yang amat di gilai ramai seperti iPad,iPhone,iMac,Macbook dan juga iPod. Tidak lupa juga hasil pembinaan OS(operating system) yang terbaru Mac OX Lion yang mendapat sambutan dari seluruh dunia. 
     Produk Apple yang termuda sekali ialah iPad. Adakah kita semua terfikir bahawa mungkinkah akan wujudnya produk seperti iPad yang di kenali sebagai tablet. Segalanya tidak mustahil bagi Steve Jobs. Beliau juga pernah berkata...
“I didn’t see it then, but it turned out that getting fired from Apple was the best thing that could have ever happened to me. The heaviness of being successful was replaced by the lightness of being a beginner again, less sure about everything. It freed me to enter one of the most creative periods of my life.” - Steve Jobs’ 
      Bagi yang sering mengikutu Keynote Apple,tentu anda akan berasa rindu kepada Steve Jobs kerana beliau sentiasa menghiburkan penonton dengan kata-katanya yang menark dan cara penyampaiannya. Tetapi,setelah beliau meletakkan jawatan sebagai CEO Apple Inc,jawatan tersebut di ganti oleh Tim Cook. Dan Keynote yang terakhir juga disampaikan oleh Tim Cook dan tiada lagi Steve Jobs semasa memperkenalkan produk iPhone yang terbaru,iPhone 4s. Iaitu produk terakhir bagi Steve Jobs. 
     Jadi,kehilangan Steve Jobs amat dirasai diseluruh dunia malah termasuk juga di Malaysia rata-rata adalah Apple Fan. Bill Gates juga turut meluahkan rasa sedih terhadap kematian kawan baiknya benar-benar mengubah dunia. Walau bagaimanapun,segala produk dan idea Steve Jobs kini menjadi ikutan banyak syarikat di dunia.    
Promo video iPhone 4s


























     

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews