3 Alasan ini saya tidak merujuk kepada Photographer yang berstatus Professional. Maksud saya disini ialah Photographer yang biasa-biasa saja atau boleh dikatakan baru nak up. Jadi alasan yang saya hendak berikan ini bukan saya sebagai panduan untuk saya tetapi untuk anda juga yang mahu aktif dalam bidang photographer ini. Bukan senang nak jadi phographer,saya sendiri pun terasa juga betapa susah dan juga mengambil masa untuk memahami selok-belok dalam bidang photography ini. Baiklah,saya tak nak mahu bercerita panjang-panjang lagi. Jadi,mari kita terus ke tujuan asalnya. :)
1.Kamu tidak membawa kamera bersama.
Bagaimana anda hendak menajamkan skill anda dalam photography ini jika tidak membawa kamera bersama anda? Menjadi seorang photographer mesti setiap masa anda akan menangkap gambar. Membawa kamera bersama tidak bermaksud anda membawa DSLR untuk menangkap gambar. Malah,anda juga boleh menggunakan kamera handphone atau compact digital camera anda. Melaluinya secara tidak langsung anda memperoleh skill yang anda cuba cari. Bukannya tidak ada langsung photographer guna kamera handphone malah ada juga guna compact digital camera. Jadi,anda yang tidak ada DSLR,compact digital camera boleh membantu anda untuk menjadi seorang photographer.
2.Anda terlalu terburu-buru
Kebanyakkan daripada kita mahu menangkap gambar sesuatu yang menarik atau indah. Anda boleh membawa kamera anda 24/7 tetapi anda haruslah belajar untuk memperlahankannya. Maksud saya,nak tangkap gambar anda mesti mengambil masa. Tidak kira berapa lama yang anda mahu tetapi saya jamin ianya tentu akan memberikan kepuasan kepada anda. Keluar berjalan-jalan di bandar atau dimana-mana saja tentu anda mahu menangkap gambar tetapi bermula daripada situ anda harus belajar mengambil masa untuk menangkap gambar yang indah dimata anda.
3.Anda bimbang apa yang orang lain akan berfikir.
Adakah bila anda hendak menangkap gambar anda berfikir apa orang lain akan berfikir tentang anda? Anda seorang yang suka menunjuk? Seorang yang kelihatan bodoh apabila? Segan? Atau apa saja yang bernegatif. Percayalah,menjadi seorang photographer tidak perlu fikir seperti itu kerana apa yang kita buat adalah apa yang kita mahukan. Tidak kira anda dalam keadaan macam mana sekali pun untuk menangkap gambar,anda mestilah tidak pedulikan apa yang orang lain akan fikir dan anda perlulah melakukannya secara professional.
Jadi adakan 3-3 alasan itu berbaloi untuk anda memulakan hidup menjadi seorang photographer? Mungkin ya mungkin tidak. Bergantung pada kehendak masing-masing. Lagi satu,setiap kali anda menangkap gambar,janganlah tangkap sekali sahaja. Anda perlu tangkap lebih daripada 3 kali kerana setiap gambar yang anda ambil dengan subject yang sama,salah satunya mesti ada yang terbaik. Ok,setakat ini saja saya nak sampaikan. Kita jumpa lagi entri yang seterusnya. :)
2 comments:
pandangan yang boleh diterima...bagus
pandangan yang boleh diterima...bagus
Post a Comment