Dalam part-1 saya memberitahu tentang jenis-jenis lens. Untuk part ke-2 ini saya akan terangkan pula tentang nombor Focal Length pada lens anda contoh "35mm","25mm-125mm". Tahu ke kegunaan nombor FL tu pada lens anda? Atau anda nak beli lens baru tapi tak tahu FL nya berapa. Jadi mungkin entri kali ni boleh tolong anda. InsyaAllah.Setiap sudut yang berubah-ubah juga mempengaruhi FL anda. Jadi jika nombor FL anda semakin besar ia bersamaan dengan Telephoto. Bila kecil bersamaan dengan Wide-Angle. Baiklah gambar dibawah akan menerangkan anda tentang FL.
10mm
17mm
28mm
50mm
70mm
100mm
Jadi anda faham apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor tersebut? Jadi bila lens anda ada nombor 17mm-50mm,maknanya lens anda boleh zoom antara 17mm hingga 50mm saja. Bukan jarak tapi panjang lens itu. Jadi keluasan satu gambar juga mempengaruhi oleh sensor yang digunakan. Jadi kebanyakkan sensor pada DSLR tidak banyak menggunakan Full-Frame. Saya rasa setakat ini saja untuk part-2. Kerana untuk part-3 lebih panjang entrinya. Baiklah harap anda tahu dah lebih dan kenal dengan lens ini. Kita jumpa lagi ya :)
Psstt : Saya nak postkan gambar extra berkaitan dengan cara nak pegang DSLR dengan betul. Nanti saya akan keluarkan entri fasal ini. InsyaAllah.
1 comments:
makasih infonya gan, jadi mengerti tentang ilmu fotografi, hehehee
thank you :)
Post a Comment