Tuesday, October 11, 2011

Persepsi ku dalam Photography.

     Sedar atau tidak sekarang ini kegunaan DSLR semakin meningkat di Malaysia? Dan ia juga adalah sebagai trend masa kini untuk memiliki gambar-gambar yang menarik untuk di upload ke dalam Facebook.  Ramai golongan remaja ingin memiliki DSLR dan sebahagiannya telah menjadikan mereka seorang photographer indie. Jika di lihat di dalam Facebook,sebagai contoh mereka yang baru saja mula memegang DSLR akan menangkap gambar yang bersamaan dengan beginner. Tanpa sebarang skill yang betul dan kemudian setelah mendapat komen dan galakkan daripada rakan-rakan dalam Facebook dia mula menjadi gigih untuk perbetulkan skill nya dan dalam pada masa yang sama dia menjadi seorang photographer indie. Arrul melabelkan budak-budak yang betul-betul minat dalam photography ni sebagai seorang photographer indiependent selagi mereka tidak terikat dengan mana-mana syarikat dan mereka hanyalah bersendirian.


     Photography bagi Arrul ialah perkara yang menyeronokkan dan paling penting bila dah berduit comfirm duit banyak habis dekat kamera. Heh~ Lens sudah tentu. Bagi yang minat dalam video pula mesti barang seperti Flycam atau Stabilizer wajib beli untuk menampakkan rakaman yang dibuat nampak smooth.

     Masuk pula topik jenama yang kebanyakkan remaja pilih. Ok,dari pandangan Arrul sendiri kebanyakkan mereka akan memilih Nikon. Antara sebabnya selepas Arrul buat kajian,1.Ikut orang. 2.Orang kate Nikon terbaik. 3.Dah mak/ayah belikan. dan lain-lain sebab. Bagi Arrul tak salah nak beli apa saja jenama kamera yang mereka suka Nikon ke Canon ke Sony ke Olympus ke Pentax ke asalkan dapat memuaskan hati kepada pengguna. Bagi Arrul untuk yang betul-betul minat dan ingin belajar tentang photography ini buat lah sedikit review tentang DSLR ni. Apa guna ada website Canon,Nikon,Sony dan lain-lain.

     Pernah kawan Arrul cerita dekat Arrul,kawan Arrul ni dengan ayah dia kunjung ke satu kedai kamera ni dan mereka tengok DSLR jenama Nikon. Tauke kedai tu kata DSLR Nikon tidak boleh tukar lens dalam kata lain "interchangeable lens". Dari sini kita boleh lihat betapa kurangnya ilmu tauke tersebut dan korang yang nak beli DSLR tu pastikan korang dah mahir dengan selok-belok DSLR ni.  Korang jangan lupa mana-mana sahaja jenis kamera di nama DSLR sudah mesti boleh bertukar lens kecuali tukar lens kepada jenama lain. Maksud Arrul,body Nikon dan lens Canon. Boleh buat macam tu tetapi mesti ada adapter lens.

   Bagaimana pula dengan Arrul? Jenama apa yang Arrul suka? Kenapa? Arrul lebih suka jenama Sony. Sebabnya ramai sangat photographer professional menggunakan Nikon dan Canon. Jadi Arrul nak mencuba jenama yang tak ramai photographer professional guna. Sony yang Arrul maksudkan ialah Sony Alpa A77 iaitu kamera yang terbaru keluaran Sony. Dan dari semasa ke semasa mesti setiap jenama akan keluar kamera yang semakin gempak. Saiz megapixel besar dan banyak lagi features nya. Walau bagaimanapun,cita rasa masing2 bukan?

     Dalam photography juga memainkan pelbagai peranan seperti edit. Adakalanya gambar-gambar yang kurang menarik akan menarik bila di'edit dan itulah yang Arrul lakukan dalam banyak-banyak gambar yang Arrul ada. Teknik-teknik juga perlu seperti Portrait,Landskap,HDR,Sukan dan macam lagi. Dan photography juga ada jenisnya Travel,Art dan Journal. Ada yang lain tak? Setakat ni yang Arrul tahu yang tu jela.

     Arrul rasa cukuplah untuk setakat ni. Kalau nak cerita yang negatif-negatif ni banyak pula kan? Tak baiklah nanti bila pembaca membaca tentang negatif ni. Terima kasih kerana sudi baca entri Arrul dan mungkin pada masa yang akan datang Arrul akan buat persepsi yang ke-2,insyaallah. :)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews