Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekali lagi kita bertemu pada hari ini dengan entri tutorial untuk sesi pembelajaran korang sendiri yang mahu menceburi dalam bidang photography. Baiklah,semalam saya post entri mengenai rumors Canon 5D Mark III. Bagi yang belum membacanya,sila klik sini. Jadi,apa yang kita akan belajar pada hari ini? Hari ini saya akan ajar korang tentang "Blur" pada gambar. Betul atau tidak,ada masanya gambar yang korang tangkap akan jadi blur bukan? Sebab apa? Korang ingat balik apa yang korang buat pada masa tu. Baiklah,terdapat 4 jenis Blur yang korang perlu tahu :
1.Subject Blur
2.Motion Blur
3.Short Focus Blur
4.Hand-shake Blur
Subject Blur
Kita kenal dulu dengan jenis Blur yang pertama iaitu Subject Blur. Kenapa Subject Blur ni terjadi? Ini kerana,korang tersilap focus terhadap sesuatu subject itu. Maksudnya,korang focus pada bahagian background dan subject akan menjadi Blur jika anda perhatikan elok2. Jadi,korang kena berhati-hati kalau nak tangkap gambar tu.
Motion Blur
Ok,Motion Blur ialah keadaan yang blur terhadap sesuatu yang bergerak. Jadi,blur yang macam ini sudah tentu korang nampak dengan jelas. Hal ini berlaku apabila korang sendiri yang tidak mementingkan Shutter Speed. Baiklah,saya akan beritahu apa yang perlu dilakukan untuk elak daripada dapat Motion Blur.First korang pilih Aperture dekat dial korang tu. Pilih saiz aperture yang paling kecil. Agak2 jela,jangan yang terkecil terus. Second,pilih Shutter Speed pula dan setkan pada 1/100 sec atau lebih. Ikut kesesuaian.
Short Focus Blur
Blur jenis ini korang perlu tahu hanya lens tertentu saja boleh focus subject itu pada jarak yang dekat. Ada lens untuk jarak jauh dan ada untuk jarak dekat. Jadi,kamera itu sendiri tidak tangkap gambar jika subject yang terlalu dekat itu kabur. Korang perlu tahu,nak focus jarak dekat kena ada lens mirco.
Handshake Blur
Handshake Blur berlaku apabila korang tidak berdiri dengan betul. Nak tangkap gambar bukannya berdiri tegak. Paling bagus gunalah tripod. Yang ringan sudahlah atau pun tripod kaki 1 tu. Kalau malas sangat bawak tripod,guna apa saja benda yang terdapat di sekeliling korang tu yang stabil. Jadi,tak adalah Handshake blur. Handshake Blur ada 3 sebab kenapa ianya terjadi. 1,shoot gambar dalam low light tanpa flash. 2,indoor shoot. 3,guna zoom yang paling jauh.
Jadi,korang semua sudah tahukan apa jenis2 blur ni? Semoga korang semua dapat memperbaiki gambar korang tu. Pastikan tiada blur dalam gambar supaya gambar nampak lebih berkualiti. Kita jumpa lagi di entri yang akan datang. :D Lepas ni kita akan kenali pula dengan "Distortion","Discoloration" dan "Pixalation".
0 comments:
Post a Comment