Wednesday, November 23, 2011

Ulasan Sony A77


    Video Promo Sony A77
      Dari model Sony Alpha A33 dan A55,kini pembaharuan daripada Sony pada tahun ini ialah A65 & A77. Kedua-dua model tersebut mendapat sambutan yang positif dan ramai yang memuji tentang kehebatan kamera tersebut. Model ini masih menggunaka Translucent Mirror dan tidak menggunakan Pentaprism yang mana kebanyakkannya digunakan oleh DSLR yang lain. Sony Alpha A33,A55,A65,A77 bukannya dalam kategori DSLR iaitu Digital Single Lens Reflex tetapi dalam kategori DSLT iaitu Digital Single Lens Translucent.Ini adalah satu fenomena yang baru dimana Sony memperkenalkan dan buat pertama kali nya kamera menggunakan Teknologi Translucent Mirror.

     Ulasan mengenai A77 adalah kerana ramai golongan professional memuji kehebatan A77 ini. Jadi ulasan mengenainya akan memberitahu mengapa golongan professional memuji A77. 

24 Mega Pixel
     Pertama sekali ialah dari segi megapixel. Jika anda tahu dan jika anda tidak tahu megapixel yang terdapat pada A77 ialah 24.3megapixel. Ini adalah satu pencapaian yang baik kerana saiz megapixel yang besar mampu memberikan kesan yang baik pada gambar walaupun ada sesetengah mengatakan megapixel bukan penyebab gambar cantik. 24.3megapixel adalah gambar yang berukuran 6000x4000. Jadi resolusi yang terdapat pada gambar ini sudah semestinya memuaskan hati sesetengah pengguna.

12fps-14fps
     A77 juga adalah kamera yang pertama mampu mencapai 12fps(frame per second) ketika continous shooting pada 24.3megapixel. 12fps jika tidak memasang grip. Pihak Sony mengatakan jika A77 dipasang grip ianya mampu menangkap gambar secara berterusan sehingga 14fps. Ini adalah sesuatu yang paling digemari kerana setiap detik yang kita tidak mahu kehilangan kerana continous shooting kamera anda terlalu perlahan kini dengan A77 boleh membantu anda.

OLED Viewfinder
     Kamera ini menggunakan OLED Viewfinder iaitu mampu memberikan penglihatan terhadap warna yang sungguh menakjubkan. Walaupun kamera ini menggunakan Translucent Mirror yang dikatakan akan menyebabkan hanya sedikit cahaya memasuki ke viewfinder tapi dengan teknologi  XGA OLED ianya dapat diatasi dengan sempurna. 
XGA OLED Viewfinder pada A77
Fleksibel LCD dengan Teknologi Tru-Balck
     Ini amat menarik kerana skrin LCD yang terdapat pada A77 mampu membuatkan seseorang itu boleh menangkap gambar dalam apa jua keadaan sekali pun. Ianya boleh dipusing dalam apa jua arah. 



    
Itu saja antara perkara yang ingin diulaskan mengenai A77. Jadi pembaharuan pada A77 ini adalah sesuatu yang menakjubkan dan boleh atau sesuai untuk mereka yang serius dalam fotografi dan juga untuk semi-pro.Ini perkara yang selebihnya :
  • Mempunyai 11 efek gambar( Posterization (Color, B/W), Pop Color, Retro Photo, Partial Color (R, G, B, Y), Soft High-key, High Contrast Monochrome, Toy Camera, Soft Focus, HDR Painting, Rich-tone Monochrome, Miniature)
  • Full HD rakaman video dan rakaman pada 24fps/25fps(1980x1080)
  • 3D Sweep Panorama
  • ISO 100-16000
  • Auto HDR
  • 19-point AF

     Keseleruhannya kamera ini sememangnya adalah antara kamera yang terbaik. Menarik. Cantik. Dan juga boleh memuaskan nafsu bagi yang serius dalam fotografi dan mampu dimiliki pada harga : 
  • RM4,299 - Tanpa lensa
  • RM6,299 - Bersama lensa
Maklumat selanjutnya anda boleh pergi ke laman utama Sony Malaysia - SLT & DSLR.



     

Tuesday, November 22, 2011

Spesifikasi EOS-1D X

     Syarikat kamera,Canon(Malaysia) telah mengumumkan pelancaran kamera terbaru dalam barisan EOS-1D iaitu 1D X pada bulan Oktober yang lepas. Dengan pembaharuan yang terdapat pada 1D X,ia dikatakan sebuah kamera yang ultimate untuk memenuhi kehendak jurufoto yang professional.
     Mempunyai 35mm CMOS Sensor(Full Frame) dan juga ditambah dengan teknologi EOS iTR(Intelligent Tracking and Recognition) pada AF dan EOS iSA(Intelligent Subject Analysis). 1D X juga bukan sahaja sesuai untuk jurufoto malah sesuai juga untuk kegunaan pembuat filema atau film-makers dengan memberikan kualiti yang terbaik dalam prestasi gambar digital.


  • 18 Mega Pixel Full Frame CMOS Sensor
  • Dual-DIGIC 5 Processor.
  • 12fps - 14fps
  • ISO 100-51200 dan mampu mencapai sehingga 50,H1,H2
  • 61-point AF
  • Mempunyai port Gigabit Ethernet*Update*
  • Dual CF slot Memori Kad*Update*

     Walau bagaimanapun,EOS 1D X akan berada di pasaran Malaysia pada tahun 2012 dan harganya masih belum diumumkan.

Harga barisan 1D :

  • EOS 1D Mark III(21.1mp) - RM28,999
  • EOS 1D Mark IV(16.1mp) - RM16,888
  • EOS 1D X(18.1mp) - RM18,*** --> RM25*** Ini hanyalah anggaran. Harga yang sebenar akan diberitahu kelak.

Pengguna Canon gemar terhadap Sony A77 : "Kamera video terbaik saya telah digunakan"

Satu video yang menarik dirakam oleh kamera Sony A77
     Pengguna Canon atau lebih tepat lagi Canon Shooter,Jefferson Graham daripada USAtoday mencuba kamera Sony yang terbaru A77. Dia mengatakan "Jika anda serius tentang fotografi dan video,belanjakan apa yang diperlukan. Saya tahu saya akan buat seperti itu. Saya suka sangat dengan kamera,saya merancang untuk membelinya(A77) sebaik sahaja ia kembali dalam stok."
     Manakala Digital-photography-school juga telah membuat review terhadap A77. Mereka mengatakan ianya adalah sebuah kamera yang fenomenal dan berhak untuk berjaya di pasaran. Jika diperhatikan Sony A77 yang diperkenalkan oleh Sony beberapa bulan yang lalu membuatkan ramai orang teruja dengan kejayaannya. Ianya mempunyai 24.3MP,12fps / 14fps(ditambah dengan grip),OLED Viewfinder,19-point AF. Jadi tidak hairanlah jika A77 dan A** akan datang akan mencapai taraf kamera yang berjaya dalam indutri filem pada suatu hari nanti. 

Saturday, November 19, 2011

Akan datang Nikon D800 | Rumors

     Kini dengan ura-ura yang dapat bahawa Nikon D800 akan diperkenalkan tidak lama lagi. Dengan perubahan yang berbeza dari D700 amat jauh sekali. Tapi harus diingatkan bahawa ini sekadar ura-ura sahaja. Maklumat yang lebih tepat akan di beritahu pada hari yang akan datang. Ini antara spesifikasi D800 :


  • Lebih ringan dari D700
  • Resolusi 36MP ( 7360×4912 )
  • CF+SD slot memori kad
  • Paparan yang lebih besar
  • Kualiti rakaman video lebih bagus dari D3s
  • Mod video : 1080p/30/25/24 dan 720p/60/30/25/24
  • AF menyerupai D3/D700


Tarikh pengumuman belum diketahui lagi.

Kenali Teknolgi Nikon "D"

Pretasi Untuk Mendapat Kreativiti
     Nikon DSLR "D" adalah kemuncak untuk menjadikannya sebagai produk teknologi yang terkemuka dari segi gambar dan evolusi kamera tersebut. "D" meneruskan pencapaiannya untuk memberi inspirasi yang kreatif kepada jurugambar.

Keaslian
     Dengan perubahan era fotografi,"D" juga berubah dengan mengikut kadar kesesuaian pada kesemua pengguna di seluruh dunia untuk menjadikannya produk yang sempurna dalam kategori SLR. "D" juga ialah produk Nikon yang tradisional dalam pembuatannya dalam teknologi. Dibina dengan prestasi yang menarik dan unggul dan menyenaraikan setiap model "D" dalam kelasnya yang tersendiri.

Bukti "D"
     "D" sudah pastinya membuktikan tentang kualiti spesifikasinya. Tetapi ini berkenaan dengan sesetangah prestasi "D". Dan sesetengahnya lagi ialah etika Nikon dan juga pemberian inspirasi kepada pengguna.
     Sebagai contoh,kualiti gambar kini bukannya berdasarkan jumlah pixel yang terdapat pada kamera tersebut tetapi kualiti gambar yang tinggi bermakna berkeupayaan menangkap gambar yang emotional. Ini membuktikan kemampuan Nikon dalam meneruskan imaging philosophy iaitu keupayaan teknologi.
     Nikon percaya setiap kamera haruslah mempunyai keupayaan dari segi  fungsi dan etika. Kecantikan dalam gambar tercapai apabila kemampuan bercampur dengan prestasi. Prestasi kamera bukannya di hakimi dengan kualiti gambar pada akhirnya. Tapi dihakimi dengan kebolehannya yang menggabungkan kesemua elemen untuk di proses. Daripada membawanya,memegang dan menekan shutternya. "D" digambarkan bukan sahaja seseuai dengan tangan kita yang menggunakannya tapi menjadi rakan kita ketika menggunakannya. "D" memberi inspirasi untuk mendapatkan suasana yang teristimewa seumur hidup sewaktu memegang kamera tersebut.

Tuesday, November 15, 2011

Sony HDR-AX2000 | Ulasan

    Mungkin yang ramai tahu atau tidak tentang produk Sony yang dihasilkan untuk para pengguna yang professional atau pengguna tegar dalam dunia videografi ini. Setelah sekian lama,Syarikat Sony. telah hasilkan produk yang memberikan impak yang besar untuk penghasilan video dan ianya juga memfokuskan kepada penggunaan video sama ada dari segi rancangan ataupun video harian yang dikenali sebagai "vlog". Malah,melalui produk ini seseorang yang masih lagi freshie dalam dunia videografi ini dapat menjadi seorang yang professional secara ekspres kerana Syarikat Sony. hasilkan produk ini berdasarkan penggunaan video yang harian iaitu jika kita merantau kemana-mana saja pasti kita akan merakam detik-detik tersebut dan bile rakam detik-detik tersebut seterusnya melakukan proses "editing" hasilnya yang amat memukau dan ianya adalah dari produk tersebut.

     Syarikat Sony kini melangkah ke depan dengan membina produk camcoder untuk "Semi-Professional" iaitu HDR-AX2000. Sebuah kamera yang menepati ciri-ciri untuk seorang penggemar video untuk dijadikan sebagai bahan atau saksi setiap rakaman. AX2000 juga dibina berasaskan pembinaan video AVCHD iaitu satu format yang dihasilkan oleh Syarikat Sony juga. AX2000 berupaya untuk merakam format AVCHD malah MPEG-2. Ianya juga terdapat rakaman yang bersaiz sehingga 1980x1080 iaitu boleh merakam dalam 24p,30p atau 60i. Setiap rakaman juga akan disimpan dalam kad memori Pro Stick Duo.

     Didalam AX-2000 juga terbina 3 Cmos Sensor dan juga 20x Lensa-G yang juga terdapat pada FX1000. Terdapat juga sistem rakaman audio iaitu XLR port. Ini bermaksud boleh merakam audio secara professional tanpa memerlukan XLR ke mini adapter. HDMI juga dibina.

     Lensa yang terdapat pada AX2000 ini juga boleh dikawal secara manual iaitu bukan sahaja pengguna dapat mengawal zoom tetapi dapat mengawal iris dan juga fokus. AX2000 juga terdapat Active SteadyShot iaitu membolehkan rakaman anda tidak bergetar terlalu kuat sama ada ketika berjalan,berlari dan boleh menjejaskan kualiti video tersebut. Camcoder ini adalah sangat sesuai untuk digunakan bertujuan melakukan pergambaran dokumentari,muzik video atau apa saja rakaman yang tidak memerlukan bajet yang tinggi untuk mendapatkan kualiti yang menarik.

Rakaman Video seperti Filem 24p/30p
     Dengan berkebolehan merakam sehingga saiz 1980x1080 iaitu Full HD tetapi ianya juga boleh merakam dengan 24p atau 30p iaitu standard rakaman untuk tujuan perfileman.


Rakaman AVCHD sehingga 24Mbps
     AX2000 mampu merakam video berformat AVCHD sehingga 24Mbps dengan kualiti yang terang dan cantik malah lebih detail. Ianya juga ideal untuk di simpan ke dalam cakera Blu-Ray.

3 Sensor Cmos dengan Teknologi Exmor
     AX2000 mempunyai 3 sensor Cmos iaitu bersaiz 1/3" dengan setiap satu sensor mempunyai 1,120k pixel. 3 sensor Cmos bermaksud mempunyai 3 elemen iaitu Merah,Biru,Hijau atau RGB. Dengan adanya teknologi Exmor,AX2000 mampu merakam dalam suasana yang gelap atau cahaya yang kurang. Selain itu,ianya juga terdapa dual-noise reduction sensor yang mampu mengurangkan lagi noise yang terdapat pada rakaman. tersebut.

Wide Angle G-Lens: 29.5mm to 590mm (20x)
     Lensa yang terdapat pada AX2000 adalah lensa yang pernah juga terdapat pada FX-1000. Ianya juga dibuat dari 15 unsur kanta termasuk kaca penyebaran rendah tambahan yang mengurangkan penyimpangan kromatik yang disebabkan oleh pembiasan cahaya,dan menghasilkan kualiti video dengan warna gosong yang amat rendah.Zoom optik 20x (29.5mm - 590mm: penukaran 35mm) memaksimumkan prestasi lensa,jadi kualiti imej tidak terjejas walaupun pada nisbah zoom sebanyak 20x,membolehkan anda setia menghasilkan semula kesan subjek. Extender digital meningkatkan zoom sebanyak 1.5 di seluruh julat sehingga 30X pada zoom penuh.

3x Manual Rings utnuk Zoom, Focus, dan Iris
     HDR-AX2000 mempunyai tiga cincin manual bebas (zoom, tumpuan, dan iris) untuk kawalan yang superb dan fleksibiliti sesama perfileman dimana ia mudah untuk digunakan semasa membuat rakaman. Cincin iris membolehkan anda untuk melaraskan aperture untuk mencapai kecerahan yang optimum dan menyatakan depth of field shots menonjolkan subjek manakala kabur latar depan atau latar belakang.

Jadi keseluruhannya model Sony HDR-AX2000 adalah amat sesuai untuk dimiliki oleh mereka yang sudah ada penggunaan asas dalam videografi ini dan mahu menjadi seorang yang professional secara expres kerana banyak lagi fungsi yang menarik pada AX2000 terumtamanya mempunyai cinematone yang seakan-akan video yang anda rakam itu adalah filem sinema. Jika anda berminat boleh kunjungi laman sesawang rasmi Sony Malaysia dengan harga RM14,999.

Friday, November 11, 2011

5 Tips untuk Gambar Portrait Kanak-Kanak


     Menangkap gambar dikalangan ahli keluarga semamangnya anat menyeronokkan malah jika adanya anak-anak kecil sudah tentu mereka akan jadi perhatian untuk setiap kamera. Adakalanya gambar anak-anak kecil ini lah yang akan dijadikan kenangan di setiap sudut rumah untuk di’frame’kan supaya apabila mereka sudah besar mereka akan melihat gambar itu ketika mereka kecil lagi. Apa yang menarik sekali ialah jika anda mahir menangkap gambar potrait kanak-kanak mesti anda akan kata “Wahh,comelnya dia” atau sewaktu dengannya tambahan pula apabila gambar itu mempunyai kesan yang menarik.

1.Berinteraksi dengan kanak-kanak
Cara berinteraksi dengan kanak-kanak adakalanya mudah dan susah terutama apabila mereka terlalu aktif di kawasan luar rumah. Berlari sana-sini sehinggakan anda terpaksa mengejar mereka. Pertolongan daripada ibu bapa mereka perlulah diambil kira dan jika anak-anak mereka gembira dan tersenyum apabila anda menangkap gambar dia sudah tentu ibu bapa mereka akan berasa gembira sekali.

2.Tidak perlu posing
Kanak-kanak tidak akan berposing secara semula jadi atau tanpa diajar dan ianya adalah waktu yang menarik dimana mereka akan menonjolkan cara mereka berposing secara tidak sengaja apabila anda sudah menangkap gambarnya.

3.Ikut
Kanak-kanak yang sudah mula pandai berjalan atau berlari takkan duduk diam di suatu tempat. Perkara ini anda perlulah mengikut kemana saja arah yang mereka pergi dan anda tidak perlu mengacau apa yang mereka sedang lakukan kerana apa yang mereka sedang lakukan itu ialah tanda mereka sedang bergembira.

4.Guna shutter dengan sebaik mungkin
Maksudnya ialah anda tidak perlu takut untuk menangkap gambar dengan sedikit terutama apabila yang masih bayi. 1 gambar saja tidak akan memberi sebarang kepuasan kepada ibu bapa atau kepada anda yang menangkap gambar bayi atau kanak-kanak tersebut.

5.Bersiap sedia
Anda perlu bersiap sedia dengan apa saja senario yang bakal dilakukan oleh kanak-kanak atau bayi tersebut. Sama ada mereka menangis,berlari,melompat,gelak dan lain-lain lagi.


Friday, November 4, 2011

Konsep DSLR untuk Industri Sinematografi di perkenalkan | Canon

     Hari ini Canon Inc. telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut sedang menghasilkan satu kamera yang bersesuaian dengan industri sinematografi dengan menggunakan konsep terbaru EOS DSLR. Kamera yang terbaru ini berkebolehan untuk merakam video dengan berkeupayaan yang tinggi dalam barisan EOS. Kamera ini mempunyai 35mm full-frame CMOS sensor dan juga berkebolehan merakam 24p dengan motion JPEG. Ini membolehkan rakaman gambar berkualiti yang luar biasa dan boleh di terima oleh generasi yang seterusnya di industri  sinematografi.
    Pengumuman serentak dengan pelancaran Sistem EOS Cinema, menandakan kemasukan sepenuhnya Canon ke dalam industri pengeluaran digital resolusi tinggi.  Sinematografi sistem digital profesional yang baru menjangkau kanta, pawagam kameradigital dan digital SLR kamera kategori produk.
     Maklumat lanjut mengenai SLR kamera digital EOS baru yang sedang dalam pembangunan, termasuk nama produk, spesifikasi dan tarikh pelancaran yang dijadualkan, masih belum diputuskan.

Thursday, November 3, 2011

iPhone 4S | Kamera (Review)

     Siapa tak kenal dengan jenama Apple. Iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang menghasilkan pelbagai gadjet seperti iPod,iPad,iPhone,dan Mac yang kini mendapat sambutan di seluruh dunia. Malah ianya menyebabkan Apple Inc. berusaha untuk menghasilkan lebih banyak produk untuk memuaskan pengguna di seluruh dunia. Kita telah lihat pelbagai perkembangan yang Apple hasilkan dan yang paling terbaru sekali ialah iPhone 4S.
      Siapa yang jadi Fanboy Apple mesti takkan rasa cukup jika tidak memiliki iPhone. Dan ini telah terbukti bahawa iPhone bukan sahaja sebuah telefon bimbit yang biasa tetapi dikategorikan sebagai Smartphone. Perkembangan iPhone semakin menuju kepada kemajuan dan kini dengan adanya iPhone 4S,Apple Inc. menekankan kepada spesifikasi yang lebih mantap dari iPhone 4. Apa yang menarik sekali ialah pengubahsuaian kamera pada iPhone 4S. Dengan peningkatan kamera sehingga 8megapixel telah memberikan kepuasan yang berlebihan dari pengguna iPhone 4 yang kamera bersaiz 5megapixel. Dengan 8megapixel kamera yang penghasilan optik yang baru,iPhone 4S dikatakan kamera yang terbaik pada telefon bimbit dan ia juga mungkin adalah kamera yang anda perlukan untuk menangkap gambar yang menarik. 
      Bagi yang pakar dalam bidang fotografi mesti bahawa untuk menghasilkan gambar yang menarik dan mempunyai taraf fotografi ia bukanlah disebabkan saiz megapixel sahaja tapi ia juga berkaitan dengan cahaya. Apple Inc. telah menghasilkan optik yang baru untuk iPhone 4S supaya cahaya yang memasuki melalui lensa iPhone 4S membentuk satu gambar yang lebih tajam daripada biasa atau dalam kata lain kabur. Penghasilan optik f/2.4 aperture Apabila cahaya yang masuk semakin banyak maka gambar tersebut akan nampak lebih cantik dan juga terdapat hybrid infrared filter.
      iPhone 4S juga mampu menangkap gambar pada cahaya yang rendah dan akan hasilkan gambar yang mempunyai cahaya yang cukup untuk menjelaskan gambar tersebut. Jika menangkap gambar yang cahaya yang tinggi dan akan dihasilkan gambar yang kurang cahaya. Ini disebabkan pembinaan backside illumination sensor yang terbina dalam iPhone 4S.
      Apple Inc. juga telah membina cip pemprosesan yang terbaru iaitu A5 yang mampu tap focus atau pun mengawal exposure. Cip A5 juga dibina untuk kelajuan kamera pada iPhone 4S supaya dapat menangkap setiap gambar tanpa tertinggal. Ianya juga terdapat advanced algorithms dalam iOS 5 untuk white balance & dynamic range yang lebih stabil. Face detection juga terdapat dalam iPhone 4S seperti mana terdapat dalam mana-mana kamera.
      Apa yang paling menarik sekali ialah iPhone 4S berkebolehan untuk merakam setiap detik dengan rakaman berkualiti 1080p/30fps. Dalam kata ianya adalah rakaman FULL HD dan juga terbina stabilizer yang membolehkan anda merakam tanpa sebarang getaran. Jadi iPhone 4 yang dahulunya spesifikasi yang tidak seberapa diminati pada hari ini kerana telah muncul pula iPhone 4S dengan peningkatan spesifikasi yang lebih canggih. Ini dapat membuktikan bahawa teknologi sudah semakin maju dan mungkin penggunaan kamera digital akan lupus terus dan manusia akan mula menggunakan telefon bimbit untuk menangkap atau merakam gambar yang kualitinya terlalu tinggi dan mungkin akan menyamai taraf DSLR pada suatu hari nanti. Dan di NP teringin sangat untuk membuat satu hands-on review tentang kamera. Mungkin jika ada rezeki NP akan buat hands-on review.Jadi tinggalkan komen anda di ruangan bawah atau like di fan page NP. :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews